Terima kasih buat semua yang telah hadir bersama saya dalam Street Photography with Sony RX pada hari ini, 29 Disember 2019.
Seramai lebih kurang 35 orang hadir dan masing-masing telah dapat merasai kamera dan lens Sony yang dibawa. Seronok kan dapat belai-belai dan guna teknologi yang ada pada kamera Sony, mudah untuk buat gambar menawan hati. Ada A9, A7iii, A7R, RX100vi, RX100vii, A6600, A6400, dan pelbagai lens yang best-best tadi.
Dan semoga perkongsian yang diberikan dapat memberikan sedikit idea untuk yang hadir terus berkarya. Melihat dan terus melihat. Akan dapat nampak banyak benda best sangat depan mata nanti.
Insya-Allah, akan ada lagi program sebegini akan datang. Rajin-rajinlah ke https://www.sony.com.my/microsite/events/imaging untuk turut sama ikut mana-mana workshop yang ada. Berbaloi sungguh. Saya pun bermula dengan ikut sama mana-mana workshop Sony sebegini, sejak penghujung 2009. Belajar dan terus belajar dari mereka yang lebih berpengalaman dan kemudian tahu apa yang diri sendiri mahukan.
Kita ada lagi workshop sebegini lagi bersama Sony Malaysia dan saya, “Explore The Hidden Beauty of Kukup Town with Sony” pada 11hb Jan 2020, di Kukup, Pontian, Johor.
Boleh terus daftar di link di atas dan hadirkan diri pada tarikh tersebut bermula jam 8.30 pagi – 1 petang.
Event percuma saja kawan-kawan. Dapat jumpa rakan-rakan dengan minat yang serupa, guna kamera dan lens Sony yang terbaru dan terus dapat latih ambil gambar bersama-sama.
Daftar yuk.
Jumpa lagi nanti ya. Dan terima kasih. Sokongan anda semua sangat sangat saya hargai.
Sekali lagi, terima kasih Sony Malaysia atas penganjuran event sebegini saban waktu.
Zanariah Salam
Guna Sony sejak penghujung 2009. Lama tu.
Comments are closed.