Terima kasih semua untuk 8 jam waktu bersama dalam kelas asas konten buku di Jejak Tarbiah pada hari Sabtu, 19hb Sept 2020 lepas.
Kita berkongsi idea tentang konten yang sesuai untuk dibuat posting pada bila dan waktunya. Dari satu perkataan yang kita sudah tetapkan “niche” yang kita tahu, bila dicambah-cambah, banyak rupanya konten yang boleh dibuat. Hanya perlu susun saja. Bila sudah susun, nah setahun punya konten sudah tersedia ada. Tinggal dipilih nak post yang mana sahaja. Seronok kan?
Kata Ustaz Hasrizal dalam buku Setia Dengan Kebenaran,
“Memberi, tidak pernah mengurangkan apa yang ada pada diri malah menyuntik subur berkat dan kemajuan.”
“Dengan berbahasa secara betul, kita akan berfikir dengan betul.”
Dari pembaca, pembeli dan menjual buku. Semua dari sebuah buku dan pada minat membaca yang boleh dibuat begitu banyak konten yang bermanfaat untuk disebarkan.
Moga perkongsian yang diberi memberi seribu satu ilham baru buat kalian semua.
Lepas ini, penuh lah storage dalam google keep dengan cetusan idea. Hehe.
Impian tak akan pudar selagi kita bersemangat untuk terus memeluk mimpi.
“Bermimpilah, karena Tuhan akan memeluk mimpi-mimpi itu. Tanpa mimpi orang seperti kita akan mati..” Andrea Hirata | Orang-orang Biasa.
“Kita perlu berani bermimpi untuk berjaya. Jika kita tidak berani bermimpi, sampai bila-bila pun kita tidak akan berjaya.” halaman 55, Bangkit Selepas Gagal, Dr Noor Hayati Yasmin.
Terus maju dan sukses buat semua.
Zanariah Salam
Berkongsi idea
Comments are closed.