Kilas dalam Kias. Buku tulisan Ustaz Pahrol Mohamad Juoi.
1. Buku ini bersaiz kecil. Ringan pula tu. Mudah dan menyenangkan buat mereka yang mahu membaca ketika di luar rumah.
2. Setiap bab, ada dialog. Membacanya seolah diri berada dalam situasi perbualan juga. Maka tak hairanlah, kita akan menemui kisah sendiri dalam setiap dakwah yang disampaikan.
Seperti kata Hamka,
Dakwah itu mengajak, bukan mengejek. Dakwah itu menyejukkan, bukan memojokkan. Dakwah itu mengajar, bukan menghajar.
3. Banyak dengan kata-kata hikmah dimuatkan dalam buku ini. Sedikit sebanyak membangkitkan motivasi diri.
“Kerana tidak ada jalan menuju bahagia, sebab bahagia itu sendiri jalannya” halaman 150.
4. Bahasa yang digunakan santai dan mudah nak faham. Ia membawa pembaca untuk menginsafi diri berubah menjadi lebih baik, Insya-Allah.
5. Dalam setiap peristiwa atau perkara yang berlaku, Ustaz akan membawa kita untuk sentiasa mengingati Tuhan.
Dalam halaman 71 sebagai contoh,
“Pohonlah bantuan Allah untuk mengatasi kesedihan itu dengan 2S. S pertama, dengan sabar. S kedua, dengan solat. Bersangka baik kepada Allah. Di sebalik yang pahit dan pedih ada penawar dan ubat. Hikmahnya pasti ada walaupun tidak ketara serta-merta. Insya-Allah, lambat laun akan terserlah jua.”
Buku setebal 210 dengan 22 bab yang sangat bagus untuk dibaca.
“Seseorang tidak akan bahagia selagi orang di sekelilingnya tidak bahagia. Begitulah juga dengan ketenangan. Orang yang tenang akan dapat memberi ketenangan kepada orang di sekelilingnya.” halaman 121.
Buku yang memudahkan untuk pembaca memahami kenapa terjadi salah faham tentang Islam dan bagaimana pula untuk membetulkannya ini boleh diperolehi di sini.
Zanariah Salam
Teruskan momentum membaca
Comments are closed.