MUDAH KE MAHU AMBIL GAMBAR?

30

Ambil gambar ini bukan sekadar tekan-tekan. Ada banyak aspek nak kena pandang.

Kadang jadi kelakar apabila kenang kembali. Mujur juga ada terambil gambar begini. Boleh jadi kenangan sikit.

Ya lah, bila jalan tu, kadangkala dah terbayang nak ambil dan buat gambar macam mana. Namun ada keterbatasan. Contohnya,

1. Bila tak cukup cahaya, nak kena tambah cahaya.
2. Bila tak ada kawan nak tolong pegangkan flash, kamera letak kat tripod, set timer dan kemudian berlari lah ke depan halakan cahaya tambahan.
3. Kemudian sudah ambil beberapa kali, eh, kita sekali terinterframe dalam gambar.
4. Bila diperiksa kembali, aduhai, subjek pula tak memberi kerjasama yang baik. Apasal lah mendongak pula cik unta oii.
5. Ulang balik no 1 – 4 sampai jadi gambar yang betul.

Kenangan.

Tapi bila ingat balik, inilah salah satu bukti sudah sampai sini.

Di mana?

Pushkar, India | 2014.

Comments are closed.