JALAN-JALAN

LAMBAIAN U BEIN BRIDGE MANDALAY MYANMAR

Pinterest LinkedIn Tumblr

Gambar-gambar ini adalah pemandangan yang boleh kita ambil jika berkunjung ke U Bein Bridge di Myanmar. Sini memang antara lokasi terbaik untuk ambil gambar semata. Bahkan, baru saja di sini beberapa jam, begitu banyak ruangan memori kad saya sudah terisi.

U Bein Bridge ini adalah jambatan kayu sepanjang 1.2km dan dibina daripada beribu-ribu kayu yang didirikan bagi menjadi laluan untuk penduduk setempat dan pelancong menyeberangi Tasik Taungthaman. Nampak saja macam usang benar jambatan ini, tapi teguh sebenarnya. Malah ia memberi satu seni komposisi leading line yang menarik dalam fotografi.

Datang ke sini pada awal pagi dan lewat petang sangatlah sesuai.

Pada awal pagi, boleh lihat sendiri nelayan-nelayan menjala ikan ditasik ini. Berdiri dari atas jambatan dan ambillah gambar sepuasnya.

Petang pula, bila cahaya oren beransur-ansur menyelubungi jambatan ketika matahari mula melabuhkan diri, ia mewujudkan suasana yang sangat dramatik. Dengan silhouette struktur kayu dan orang lalu lalang di situ menambahkan lagi keterujaan untuk terus menekan butang shutter tanpa henti. Jadi leka betul.

Nak lagi menarik, boleh naik sampan yang disediakan. Ada sedikit tambang dikenakan. Ramai juga yang menikmati matahari terbenam dari sini. Ada tele lens, memang cun melecun hasil gambar yang boleh dapat. Silap-silap, bila kena dengan cuacanya, boleh dapat bulatnya matahari yang sangatlah cantik. Kena pula masa itu, ada orang lalu, waduh, dramatik sungguh momennya.

Pergi travel semata-mata untuk ambil gambar dan nikmati alam, begitu indah sekali pengalaman. Ambil tahu budaya setempat, cara kehidupan mereka, menambah pengetahuan baru sepanjang perjalanan.

Eh, siapa yang dah sampai ke sini?

Zanariah Salam
Terus teringat momen paling tak boleh dilupa bila tengok gambar kat sini. Kelakar pun ada. Hehe

Write A Comment

error: Content is protected !!