5 TIPS AMBIL GAMBAR LANDSCAPE ATAU SEASCAPE MENAWAN HATI

227

Buat mereka yang suka pada gambar landscape atau seascape, 5 tips ini boleh membantu secara amnya

1. Dapatkan lokasi yang tepat terlebih dahulu. Dimulai dengan bertanya pada penduduk tempatan, kawan-kawan mahupun carian melalui internet. Zaman maklumat dihujung jari. Digoogle saja.

2. Sudah tahu lokasinya di mana, kenalpasti juga bila waktu sesuai untuk ke lokasi. Bagi seascape, perlu tahu air pasang surutnya serta bila waktu matahari terbit dan terbenam. Bukan apa, mudah untuk kita bayangkan momen yang bagaimana, susun jadual perjalanan dan sebagainya. Paling utama, nak bangun pukul berapa itu kalau sunrise nya.

3. Filter dan tripod penting tu. Jangan lupa di bawa pula. Ada wide lens pun satu kelebihan. Filter itu sangat membantu dalam mendapatkan gambar awan ataupun air lembut bak kapas. Mata melihat pun rasa tenang saja. Dan bagi nak elakkan gambar jadi blur, tripod kenalah ada supaya hasil akhiran gambar jadi padu. Jika menggunakan smartphone, boleh gunakan apps built ini sendiri seperti Silky Water dalam smartphone Huawei / Honor, atau boleh beli apps seperti Slow Shutter Cam, Camera FV-5, Halide, di play store / apps store. Secara peribadi saya suka pada apps Silky Water (Huawei)

4. Dah rancang baik-baik, pada hari kejadian, cuaca pula tidak bersahabat. Jadinya janganlah sedih. Waktu beginilah kita diuji untuk lebih kreatif dalam menghasilkan karya yang lebih dramatik. Eh, waktu mendung, hujan, kalau dikompo dengan baik, hasil dia lebih mantap tau.

5. Ulang kembali ke lokasi jika perlu. Biasanya sang fotografer akan datang balik beberapa kali untuk dapatkan hasil yang dikehendaki. Itupun bergantung juga kepada kos yang perlu dikeluarkan.

Tidak salah untuk sesekali bangun awal pagi menuju ke lokasi sunrise sebagai contoh. Kadang kala, ada rezeki yang Tuhan nak beri.

Macam gambar inilah. Sebelum masuk pejabat, sempat singgah sekejap. Suasana bagaikan aurora di kaki langit. Dan rezeki, gambar ini menang pula pertandingan #CantiknyaMalaysia anjuran Media Prima tahun 2016 lepas. Guna Sony A6000 dengan lens 10-18mm. Antara gabungan yang mantap sekali untuk landscape.

Rezeki sekeping gambar, kita tak sangka. Sebab itu jangan pernah putus asa. Terus berusaha dan bertawakal padaNya. Kata suka ambil gambar kan.

Zanariah Salam
Tak pernah jemu ambil gambar.

Comments are closed.