Seperti selalu, keterujaan untuk ambil gambar dan merakam apa saja yang ada dijalanan tidak pernah membosankan.
Berada dizaman digital, semudah ada beberapa keping memori kad dan himpunan bateri sebagai ‘back-up’, beratus malah boleh mencecah ribuan gambar diambil ketika kembara. Ini baru yang ada dijalanan, belum lagi yang betul-betul fokus ketika dilokasi sebenar. Mahu mencapai 2-3 keping memori kad habis diisi.
Seperti setiap pergerakan mahu dirakam sebanyaknya. Biar lebih ambil, jangan tak ambil langsung. Rugi saja kembara sejauh merentas laut, tak ada simpanan buat kenangan sendiri. Setiap rutin yang dilihat dijalanan itu seakan memberi erti yang sangat bermakna sekali.
Sekolah terbaik adalah sekolah jalanan, yaitu sekolah yang memberikan kebebasan kepada muridnya supaya kreatif.
Bob Sadino
Kadangkala, bermonolog dalam diri. Hendak buat apa banyak-banyak ini. Mahu dicetak? Tak mungkin untuk setiap satunya. Mahu dipost di media sosial, penuh lah wall setiap hari.
Lantas mahu apa?
Banyak yang boleh dibuat.
Yang okay, dan kena dengan konten sesuai, kita upload lah dalam agensi. Untung-untung dibeli orang, dapat menambah pulus untuk kembara lagi.
Selainnya, mana-mana gambar yang ada umph sikit, kita hantar lah masuk pertandingan mana-mana. Kadang ada momen bersahaja seperti kena saja dengan tema pertandingan, masuk, jangan tak masuk.
Tidak pernah sesal untuk setiap gambar yang diambil atau dirakam. Ada kenangan setiap satunya.
Melakukan apa yang Anda suka adalah kebebasan. Menyukai apa yang Anda lakukan adalah kebahagiaan.
Oprah Winfrey
Contoh, seperti waktu begini.
Tak boleh rentas negara. Hati meronta mahu ke negara seberang. Ada banyak mahu diteroka dan dicari. Sudahnya, sebab pandemik, kita lontar belakang sajalah gambar-gambar yang ada dalam galeri.
Nampak?
Lambakan gambar terdahulu, kini jadi pengubat kerinduan. Gambar mana yang tak jadi belakang kira. Yang penting, nah nak tunjuk, pernah naik bajaj, motor roda tiga ini. Salah satu teknik selfie dalam diam. Awak nampak saya dalam gambar ini tak? Jaga-jaga kalau tak nampak. Hehe.
Eh, betul kan nama motor roda tiga ni bajaj?
Kali pertama naik masa kat India, kali kedua naik kat Jakarta. Kali ketiga naik, kita tunggu na. Bila la kali ketiga ni. Huhu.
Awak seperti selalu, buat macam mana kalau kembara?
Zanariah Salam
Seperti selalu saya suka ambil gambar.
Comments are closed.