MENULIS LEBIH MUDAH DENGAN CONTENT PLANNER 2021 BEGINI

56

Kita akan bertemu 2021 kurang daripada 45 hari lagi. Sekejap betul rasa kan. Banyak perkara berlaku di 2020 yang pastinya memberi seribu satu kenangan paling berharga dalam hidup.

Dalam musibah yang melanda dunia, dalam tak sedar, ada banyak perkara yang kita belajar, tentang online terutamanya. Dari hal pembelajaran, mesyuarat, kerja, serba serbi secara online tanpa kita perlu bersua muka.

Daripada tak tahu google meet, zoom, sekarang, hampir daripada kita sudah tahu mana mahu tekan join meeting, on audio mahupun mikrofon, malah tukar background dalam zoom sekali. Hehe.

Tak lupa, daripada bersesak-sesak ke pasaraya, kini kita mula hadam untuk menanti saatnya 11.11 ataupun 12.12 yang bakal menjelang. Berderet-deret pula tu kan abang-abang posmen datang ke rumah menghantar pesanan.

2020 yang mengajar kita banyak perkara. Banyak ilmu diperolehi secara tak langsung, kita mula praktiskan dan ia memberi manfaat yang baik sekali. Alhamdulillah, syukur.

Tentunya ilmu-ilmu yang kita perolehi sangat bermanfaat untuk dicatat supaya kenangan begini akan menjadi pengalaman bertulis paling bermakna sekali.

Tapi saya nak catat bagaimana? Saya tak pernah tahu pun bagaimana mahu mencatat konten yang awak sebutkan itu.

Jangan risau, jika awak pening, ada pemudah cara. Mari lihat cara nak buat konten di sini.

Mahu tahu teknik menulis dengan konsisten dan strategi yang boleh berpotensi menjana sesuatu?

Cari di sini.

Lekas ya, di 2021, kita mulakan dengan sesuatu perancangan yang memberi manfaat untuk kebaikan bersama.

Comments are closed.