BUKU KERANA CINTA AKU DERHAKA TRAVELOG SEJARAH JOHOR LAMA

98

Pernah baca buku travelog sejarah Johor Lama? Cerita tentang tinggalan sejarah runtuhan kota, desa sunyi dan makam-makam lama di tepi sungai?. Mungkin hikayat lama pernah kita baca zaman sekolah dahulu. Masih ingat lagi tak?

Jika tak, membaca buku travelog “Kerana Cinta Aku Derhaka” ini mungkin menarik minat awak, khasnya jika awak orang Johor. Penulis membawa kita mengembara menjelajah sejarah lama.

1. Awak semua ingat tentang kisah Sultan Mahmud Mangkat Mati Dijulang?
Masih ingat tentang buah nangka yang dimakan Dang Anum?
Apa kisah yang terjadi pada Dang Anum selepas makan buah nangka istana?
Atau pernah dengar Badang?
Tahu tak yang Badang berasal dari Kota Sayong yang terletak 41.6km dari Ulu Bandar Kota Tinggi?
Awak tahu, bersejarahnya bumi Sayong yang pernah menjadi ibu negeri Johor dahulu?

2. Penulis juga menjelajah perca-perca runtuhan sejarah Johor Lama di Kota Tinggi, Batu Sawar, Kota Seluyut, Kampung Panchur, Kampung Makam dan banyak lagi. Peninggalan Kesultanan Melaka ada di Johor. Sekiranya runtuhan kota dan pasir sungai di Kota Tinggi dapat berkata-kata, tentulah mereka akan berkata di sini dahulu, Kesultanan Johor yang diasaskan oleh putera Sultan Melaka. Ketika William Shakespeare berkarya di London, Di negeri inilah Bendahara Tun Seri Lanang menulis buku Sejarah Melayu.

3. Sejarah daerah Kota Tinggi saling berkaitan dengan kejatuhan Kesultanan Melaka. Patah tumbuh hilang berganti, empayar Johor mula menguasai Selat Melaka. Johor Lama menjadi pusat utama perdagangan dunia seolah-oleh mengulangi kegemilangan Melaka dahulu. Kerajaan Johor pernah diserang oleh Portugis, Jambi dan Aceh berkali-kali. Namun, kerajaan tidak tumbang walaupun Sultan Johor beberapa kali ditawan, istana kerap kali diruntuhkan dan ibu negeri punah dihancurkan.

4. Sungguh, buku ini adalah bacaan alternatif buat mereka yang mahu tahu tentang sejarah Johor Lama. Penulis sudah menyediakan buku ini sebagai hidangan buat generasi hari ini untuk melihat kembali ke dasar, memandang sejarah yang terdahulu dengan rasa cinta.

Janganlah tuan-tuan percaya kalau sejarah itu di katakan ada satu sahaja, jangan-jangan ada perkara lain disebaliknya. Nukilan Faisal Tehrani.

Dengan membaca “Kerana Cinta Aku Derhaka,” awak akan dibawa mengembara ke Kota Tinggi.

Dengan membaca “Kerana Cinta Aku Derhaka,” awak boleh tahu sejarah Kota Tinggi.

Dengan membaca “Kerana Cinta Aku Derhaka,” awak akan tahu yang sejarah tidak mengajar kita lemah, namun membangkitkan kekuatan.

Dengan membaca “Kerana Cinta Aku Derhaka,” awak tahu sejarah tidak membuatkan kita takut, malah bertambah berani.

Dengan membaca “Kerana Cinta Aku Derhaka,” awak tahu sejarah tidak melemahkan semangat, bahkan menghidupkan semangat.

Mahu tahu episod pengembaraan penulis mencari hikmat sejarah yang tersembunyi di Kota Tinggi?

Kerana Cinta Aku Derhaka, buku yang awak orang Johor harus miliki. Hubungi zanariah.salam@gmail.com untuk mendapatkan senashkah.

 

Comments are closed.