Siapa yang suka pada landscape photography, mahu tak mahu kena tahu dan mahir tentang 24 Jam magik cahaya.
Kalau mahu ambil sunrise, pukul berapa kena ada di lokasi, dan tempat yang betul untuk pacak tripod. Sama juga untuk waktu sunset ke milky-way.
Kena faham dan kaji cuaca betul-betul. Kalau lokasi di kawasan pantai, ambil kira juga faktor air pasang surut. Ini untuk mendapatkan impak kepada hasil gambar nanti. Mahu ada pergerakkan air atau awan yang bagaimana dalam gambar.
Shutter cable release, timer, tripod wajib ada. Kerana kita mahu lebih dedahan cahaya pada gambar, kamera kena stabil diposisi. Sedikit pergerakan akan memberi impak pada gambar.
Lepas itu, kena tahu jenis-jenis filter. Ada GND, ada ND, ada polarised filter, ada big stopper dan macam-macam lagi.
Kerana apa? Sebab kebiasaannya, perlukan lebih dedahan cahaya dan ini semua memerlukan untuk kita letak big stopper, GND, ND mengikut keperluan dan lokasi.
Atau kalau tiada, boleh juga guna kad hitam dan buat teknik kipas di hadapan lens. Kena kira, 1, 2, 3 hingga beberapa saat mengikut keperluan, kadang kala hingga 30 saat atau lebih. Jenuh juga nak mengipas lens. Kadang kala jadi kecewa sebab penat mengipas, tapi gambar tak jadi terutama apabila baru bermula. Kerana itu, memang perlu selalu berlatih untuk mendapatkan rentaknya.
Boleh juga guna multiple exposure, set +2, 0, – 2 sebagai contoh dan kemudian merge dalam software seperti photoshop.
Banyak cara bergantung kepada kita selesa nak guna yang mana.
Namun, (ini bukan nak “racun”), untuk kamera sony terutamanya A6000, ada apps smooth reflection yang membolehkan kita ambil gambar lenskep dengan air atau awan bak kapas tanpa guna filter. Konsep sama macam “silky water” bagi pengguna huawei. Cuma ini versi pada kamera dan ia ada format raw.
Menarik, dan ini antara soalan pertama akan saya tanya buat mereka yang mahu membeli kamera buat pertama kali. Suka pada genre apa? kerana ia akan memudahkan pemilihan sistem apa nak guna. Sejak ada apps ini, memang saya sudah jarang menggunakan nd, gnd filter dah. Malah banyak winning shot saya pun hasil guna apps ini dari SONY A6000.
Atau kadangkala, saya akan dapatkan kesan air/awan bak kapas dengan menggunakan beberapa keping gambar dari siri timelapse dan merge dalam photoshop.
Banyak cara boleh buat. Janji kita tahu akhirnya kita mahu gambar yang bagaimana. Yang selesa di mata sendiri. Pergerakkan air pegun, berbanding dengan air bak kapas, mana lagi menarik? Ini pertama kali, diri sendiri kena jawab. Dari situ kita akan dapat jawapan.
Tak lupa, kena juga tentukan mana satu foreground, middle ground dan background. Penting ni terutama bagi gambar lenskep.
Nampak macam mudah je kan, orang tu pacak tripod lepas tu sembang-sembang. Padahal sebelum itu, dia punya recce bagai nak rak mencari waktu bila cahaya begitu begini. Itu belum dengan angkat tripod lagi dan seterusnya. Tapi walaupun begitu, hasil akhirnya, fuh, memang puas hati. Terubat rasa penat. Lebih lagi kalau dapat cahaya macam pecahan pizza atau seperti aurora.
Lama tak ambil gambar lenskep jadi rindu apabila menulis begini. Lebih lagi bila tengok matahari bulat setiap pagi dan buku hardcover 24 Jam Magik ini. Buku yang terhasil sebahagiannya daripada gambar-gambar yang pernah diambil sebelum ini. Blue hour, sunrise, golden hour hingga lah mikyway. Cetakan edisi terhad di .
Okaylah, layan sekejap tengok antara winning shot saya yang pernah menang dalam pertandingan fotografi cantiknya Malaysia anjuran TV3 suatu ketika dahulu. Dapat top 5, TV3 beri telefon huawei P9 masa itu. Fuh, best betul. Dahlah masa itu, P9 baru launch. Jimat modal nak beli handphone baru.
Kalau nak tahu, gambar ini saya ambil sebelum punch card masuk office. Lepas subuh terus ke lokasi, pacak tripod, letak kamera dalam 40 minit. Set kepada apps smooth reflection dan kemudian bila dah siap, kemas dan segera ke office. Tepat jam 7.40 pagi sampai office.
Mujur juga lokasi sunrise di Tanjung Langsat, Pasir Gudang ke office dalam 15 minit. Jadinya, mana yang sempat, bila rasa macam akan berlaku momen best sahaja, memang akan ke sini lah dulu.
Dan kebetulan, waktu ini, simbahan cahaya langit pagi ohsem sangat. Macam aurora kan? Sepanjang hari di office waktu itu, memang senyum seronok. Sebab dapat gambar dengan langit begitu. Kerja-kerja di office pun lancar je membuatnya.
Untuk gambar ini, saya setkan foreground, middle ground dan background begini,
Foreground : Jambatan kayu (membawa leading line ke pondok kayu)
Middle ground : Pondok kayu
Background : Drilling rig dan langit
Semoga bermanfaat.
Comments are closed.