TEKNIK RINGKAS TAPI MENJADI UNTUK BAWA PULANG GAMBAR TRAVEL MENARIK HATI

Rata-rata ramai orang suka travel. Serius, siapa tak suka, bukan? Tapi bagaimana hendak pastikan, bila kita travel itu, kita mampu pulang dengan membawa sejumlah gambar yang menarik hati?

Ada caranya. Saya tunjukkan kaedahnya dengan

1. Ambil masa sebaiknya.
Sebelum menekan shutter kamera, terlebih dahulu, fikir sejenak, bagaimana mahu mendapatkan gambar yang menarik. Jangan semata-mata snap and shot, snap and shot. Tengok pada cahaya, sudut yang sesuai dan latar belakang.

Buat kajian terlebih dahulu daripada internet tentang tempat yang kita pergi itu. Di mana matahari terbit, terbenam, lokasi itu semua memainkan peranan penting dalam mencorak hasil gambar nanti.

2. Jangan ambil hanya satu foto sahaja.
Bereksperimen dengan pelbagai sudut menarik, jarak, menegak dan melintang. Perhatikan apa elemen yang perlu dimasukkan atau tidak dalam frame.

Zaman sudah guna digital kamera, buat apa pening-pening dengan bilangan gambar dalam memori kad? Hanya perlu sediakan beberapa keping memori kad sahaja sebagai back-up.

3. Tahu mengawal kamera.
Sekurang-kurangnya tahu fungsi dalam kamera itu terlebih dahulu. Dari situ, kita boleh berexperimen dengan pelbagai teknik dan jenis gambar bagaimana yang ingin dihasilkan.

Tidak salah untuk laburkan sedikit masa dan wang untuk masuk ke kelas fotografi dan belajar ambil tahu. Malah, workshop #FotoOhsem yang kami anjurkan selama ini pun, ada diajarkan asas fotografi bagi smartphone ataupun kamera dan kemudian terus buat latihan dilapangan. Balik daripada trip, ada sejumlah gambar menarik dalam memori kad sendiri. Lepas itu siap boleh bawa masuk ke pertandingan fotografi lagi gambar-gambar yang diambil.

Tempat sudah best, momen menarik hati, namun tidak dapat dirakam dengan baik dalam kamera sebagai kenangan, alangkah ruginya. Tempat travel pun bukan dekat-dekat kan. Biar belajar sekali, tapi dapat gambar menawan hati berkali-kali. Haaa gitu.

Zanariah Salam
Fotografi itu menyeronokkan jika tahu triknya. Ikut FotoOhsem lagilah bertambah rasa seronok tengok hasil yang dapat. Jomlah ikut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!