Tag

tips smartphone

Browsing

Buat kaki travel yang sering berada di merata tempat, saat dan waktu ini mungkin perit untuk dihadapi. Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan kes Covid 19 yang melanda dunia di 2020. Tak boleh keluar rumah, duduk diam dalam rumah dan segalanya harus di rumah.

1. Kumpulkan semua gambar-gambar travel yang diambil dan masukkan dalam IG. Mungkin boleh buat IG baru kan.

2. Masukkan gambar pemandangan dan video yang  berdurasi 5 saat ke 60 saat itu ke stokfoto. Jangan tak tahu, ada pembeli yang mahukan gambar-gambar travel yang kalian ambil itu untuk paparan dalam website mereka. Ada rezeki, ramai yang muat turun. Pasaran antarabangsa lagi. Dan bayaran dalam matawang USD lagi. Sekarang ini, satu USD sudah hampir 4 ringgit lebih tau. Nak tahu di mana boleh belajar secara online? Terus saja ke sini, https://sekoolah.com/courses/asas-stok-fotografi/

Antara nilai belian yang dibayar oleh EyeEm kepada pembeli

3. Buat koleksi photobook dengan semua gambar travel. Mesti seronok bila tengok hasil dalam bentuk bergambar yang terletak cantik dicetak. Kepuasan sebenar setelah ambil gambar adalah apabila kita cetak gambar tersebut. Dari situlah baru tahu keupayaan smartphone atau kamera yang kita gunakan itu. Sekadar paparan media sosial, alah dah biasa sangat, kan. Betul tak?

4. Update blog atau website. Ceritakan pengalaman travel dalam blog. Masa inilah boleh bercerita seolah bercakap dengan kawan-kawan di hadapan. Dari satu travel itu boleh buat bermacam artikel. Buat mind mapping dahulu. Ambil tajuk besar travel ke Kashmir contohnya. Posting pertama mungkin berkaitan iteneri Kashmir, posting kedua mungkin, tempat menarik di Kashmir yang harus dilawati dan begitulah seterusnya. Jangan tak tahu, dari satu topik travel sebagai contoh, boleh dapat beratus idea menulis.

5. Sudah upadate blog, mana-mana artikel yang menarik itu boleh kita jadikan ebook atau buku. Kemaskini sahaja supaya cerita travel yang dialami dapat memberi ibrah kepada pembaca. Tapi haruslah diingat bahawa dalam menulis cerita travel, kisahnya haruslah benar belaka. Janganlah menipu atau menokok tambah untuk meraih populariti.

6. Buat puisi berdasarkan gambar yang diambil. Satu gambar satu puisi. Kadangkala ada bakat terpendam dalam diri yang kita tak jangka. Bermulalah.

7.  Masih lagi dengan gambar travel. Ambil mana-mana yang menarik hati dan kita cuba lukis kembali dengan menggunakan medium watercolor sebagai contoh. Ambil gambar yang mudah dan menyenangkan mata untuk bermula dahulu. Bila buat begini, kita sebenarnya melatih diri untuk berfikir kreatif dan mana tahu, rupanya kita ada bakat melukis yang terpendam tanpa kita jangka hadir dalam diri. Belakang parang kalau diasah semakin tajam inikan pula kita manusia yang punya akal fikiran yang sempurna.

Zanariah Salam
Mencungkil bakat sendiri.

Lambakan pelbagai jenama telefon pintar (smartphone) dipasaran buatkan kita kadangkala pening kepala hendak pilih yang mana satu. Jenama A, nampak menarik tawarannya, jenama B, mengancam pilihan yang ada, jenama C, cantik pula rekabentuknya.

Iya, ia pastinya boleh buatkan kalian rasa bingung dan keliru. Ini ada saya tunjukkan 10 tips cara pilih smartphone yang boleh dijadikan panduan checklist sebelum membayar sejumlah harganya dikaunter.

1. Sistem operasinya, suka pada android ataupun iOS
Nak kena tanya diri sendiri, aku lebih selesa yang mana. Sebab yang nak tekan-tekan kat skrin telefon tu tangan sendiri, bukan tangan orang lain.

gambar sumber google

2. Gunakan smartphone untuk tujuan apa.
Banyak guna nanti untuk ambil gambar, video, internet atau apa? Ini semua berkait rapat dengan series dan jenama yang dipilih.

3. Processor dan RAM
Ini pun penting supaya kita tahu keupayaan smartphone itu masa kita nak download apps bagai. Processor yang baik membolehkan anda buat apa saja dalam smartphone tanpa lagging atau crush. Manakala RAM membolehkan anda menyimpan apps yang anda buka untuk kegunaan processor. Sebab itu anda boleh buka dan keluar apps tanpa perlu nak restart semula apps tersebut.

4. Ruangan internal storage
Majoriti smartphone yang super canggih sekarang tak ada dah slot untuk memori kad. Jadinya sila tengok dengan teliti internal storage dia berapa? Tapikan, agak-agak kalau dah selalu ambil gambar dan video tu, sila-sila lah transfer semua file tu dalam external hard disk. Jangan sampai smartphone dah start slow baru nak transfer.

5. Saiz dan kualiti skrin
Ada orang suka pada skrin besar, ada orang pula sebaliknya. Jadinya saya cadangkan, pergi mana-mana kedai telefon, pegang dan cuba try test dahulu mana yang tangan kita rasa serasi sangat. Ingat, tangan kita yang nak sentuh skrin telefon tu setiap hari.

6. Daya tahan kapasiti baterinya
Ini pun sama penting. Biasa ia hadir dengan 3000mAh. Lagi besar lagi bagus. Tapikan kalau setiap masa layan internet, main games, tengok youtube, memang kena cas lah setiap hari. Tengok tahap penggunaan anda dan ini kembali berbalik pada poin no 2 di atas.

7. Keupayaan kamera dan videonya
Ini siapa yang memang kaki ambil gambar wajib tahu. Sebaiknya mahirkan dalam asas fotografi dahulu. Barulah lebih super cantik hasilnya. Memang kita tertarik dengan bokeh creamy tu, tapi ada sesetengah gambar, tak perlu pun nak bokeh-bokeh. Cukup rempah dalam pengisian komposisi fotografi, gambar diambil tetap menarik hati.

8. Reka bentuk smartphone itu sendiri
Ada yang nipis, yang berlipat, yang ada lekuk kat tepi dan macam-macam lagilah. Lagi sekali, pergi rasa sendiri dan feel kan mana satu yang sesuai dalam gengaman tangan sendiri.

9. Tambahan fungsi lain yang ada
Macam Huawei ada built in apps yang sangat-sangat best. Smartphone yang lain pun ada. Kaji dan tengok review orang lain dahulu. Majoriti ada slow-mo, timelapse, portrait dan sebagainya mengikut kesesuaiaan kita mahu guna yang mana satu berkadaran dengan tujuan.

Tambahan features yang ada pada telefon jenama Huawei dan Honor.

10. Harga dan pakej
Ini paling penting. Tepuk poket. Ada senyum atau muram. Tengok juga mana-mana pakej telekomunikasi yang menawarkan pakej yang sesuai dengan kewangan kita. Tepuk poket jangan lupa.

Serba sedikit panduan yang boleh dianalisis. Pada saya yang paling utama, mahirkan asas fotografi dahulu. Fahamkan komposisi dan cahaya. Benda ini tahu, bagi smartphone lama pun boleh jadi power hasil gambarnya.

Nak tahu pasal komposisi dalam smartphone photography? Nah, ini ada Ebook 101 Smartphone Photography. Klik sini ya.

Zanariah Salam
Cikgu smartphone fotografi anda.

error: Content is protected !!