Tag

TIPS FOTOGRAFI

Browsing

Buat kaki travel yang sering berada di merata tempat, saat dan waktu ini mungkin perit untuk dihadapi. Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan kes Covid 19 yang melanda dunia di 2020. Tak boleh keluar rumah, duduk diam dalam rumah dan segalanya harus di rumah.

1. Kumpulkan semua gambar-gambar travel yang diambil dan masukkan dalam IG. Mungkin boleh buat IG baru kan.

2. Masukkan gambar pemandangan dan video yang  berdurasi 5 saat ke 60 saat itu ke stokfoto. Jangan tak tahu, ada pembeli yang mahukan gambar-gambar travel yang kalian ambil itu untuk paparan dalam website mereka. Ada rezeki, ramai yang muat turun. Pasaran antarabangsa lagi. Dan bayaran dalam matawang USD lagi. Sekarang ini, satu USD sudah hampir 4 ringgit lebih tau. Nak tahu di mana boleh belajar secara online? Terus saja ke sini, https://sekoolah.com/courses/asas-stok-fotografi/

Antara nilai belian yang dibayar oleh EyeEm kepada pembeli

3. Buat koleksi photobook dengan semua gambar travel. Mesti seronok bila tengok hasil dalam bentuk bergambar yang terletak cantik dicetak. Kepuasan sebenar setelah ambil gambar adalah apabila kita cetak gambar tersebut. Dari situlah baru tahu keupayaan smartphone atau kamera yang kita gunakan itu. Sekadar paparan media sosial, alah dah biasa sangat, kan. Betul tak?

4. Update blog atau website. Ceritakan pengalaman travel dalam blog. Masa inilah boleh bercerita seolah bercakap dengan kawan-kawan di hadapan. Dari satu travel itu boleh buat bermacam artikel. Buat mind mapping dahulu. Ambil tajuk besar travel ke Kashmir contohnya. Posting pertama mungkin berkaitan iteneri Kashmir, posting kedua mungkin, tempat menarik di Kashmir yang harus dilawati dan begitulah seterusnya. Jangan tak tahu, dari satu topik travel sebagai contoh, boleh dapat beratus idea menulis.

5. Sudah upadate blog, mana-mana artikel yang menarik itu boleh kita jadikan ebook atau buku. Kemaskini sahaja supaya cerita travel yang dialami dapat memberi ibrah kepada pembaca. Tapi haruslah diingat bahawa dalam menulis cerita travel, kisahnya haruslah benar belaka. Janganlah menipu atau menokok tambah untuk meraih populariti.

6. Buat puisi berdasarkan gambar yang diambil. Satu gambar satu puisi. Kadangkala ada bakat terpendam dalam diri yang kita tak jangka. Bermulalah.

7.  Masih lagi dengan gambar travel. Ambil mana-mana yang menarik hati dan kita cuba lukis kembali dengan menggunakan medium watercolor sebagai contoh. Ambil gambar yang mudah dan menyenangkan mata untuk bermula dahulu. Bila buat begini, kita sebenarnya melatih diri untuk berfikir kreatif dan mana tahu, rupanya kita ada bakat melukis yang terpendam tanpa kita jangka hadir dalam diri. Belakang parang kalau diasah semakin tajam inikan pula kita manusia yang punya akal fikiran yang sempurna.

Zanariah Salam
Mencungkil bakat sendiri.

Dalam ambil gambar, ada kala kita buntu juga. Nampak matahari terbit, tapi keliru nak ambil gambar bagaimana.

Jika berada di lokasi yang cantik foreground nya, kita boleh dapat gambar menawan hati.

Tapi saya duduk di kampung. Depan ada kebun kelapa sawit dengan kebun nenas saja. Mana ada pemandangan cityscape macam kawan-kawan di bandar tu.

Boleh saja gunakan apa yang ada dahulu kawan-kawan sebagai latihan.

Mula-mula,

1. Cari di mana lokasi matahari terbit.
Tempat sendiri, haruslah peka di mana matahari terbit dan turun. Sepanjang PKP ini, ambil sedikit masa untuk perhatikan alam sekeliling yang kita terlepas pandang untuk ambil peduli setiap hari.

2. Lihat apa yang ada di sekelilingnya. Ada pokok kah? Rumah kah?
Ini pun sama. Gambar landscape yang terbaik adalah yang punyai foreground, middle ground dan background. Gunakan apa yang ada dipersekitaran membentuk perencah tambahan gambar menarik hati, bukan perosak gambar.

3. Selepas itu, cuba buat komposisi menarik berdasarkan kepada persekitaran yang ada. Gunakan pokok sebagai tambahan cerita. Atau boleh juga awan yang berarak.

4. Tunggulah matahari itu muncul. Ha, ni memang kena on time punya sebab pergerakan matahari cepat. Sebab itu kalau orang buat time-lapse matahari terbit, biasa guna interval dalam 2 saat saja.

5. Contoh macam gambar bawah ini. Pagi tadi punya gambar ini. Saya gunakan awan, pokok, zoom in, zoom out dalam mempelbagaikan hasil gambar.
Dari satu subjek, iaitu matahri terbit, ada banyak koleksi boleh buat. Dan kemudian, pilih yang mana satu berkenan di hati.

Boleh lah kan untuk hari ini. Nanti PKP dah tiada, keadaan kembali pulih, boleh lah outing tempat lain pula.

Macam inilah. Oh ya, saya gunakan kamera untuk gambar begini. Kamera Panasonic Lumix FZ300. Set pada manual mode, iso100, f/8, ss 1/6400 ke 1/16000. Setting ini pun ikut situasi juga. Bergantung. Kena cuba jaya sendiri okay.

Saya zoom ke maksima kamera saya boleh zoom
Lepas itu, nampak ada awan berarak menarik, saya gunakan sebagai salah satu framing
Beralih beberapa langkah ke kanan hingga nampakkan daun ini sebagai salah satu foreground
Inilah lokasi sebenar jika saya tak zoom dan mengawal komposisi. Ruang agak serabut dan tidak cantik di mata. Jadi terlebih dahulu, fikir bagaimana gambar yang ingin saya hasilkan?

Zanariah Salam
8 April ada supermoon.

Pernahkan anda terfikir bahawa kita boleh menjual foto-­foto dan video-­video yang kita ambil hatta menggunakan telefon pintar sekalipun dalam media sosial terutamanya sekali EyeEm? Hanya berbekalkan seringkas peralatan fotografi yang mempunyai sekurang-­kurangnya 2MP, kita mampu meraih pendapatan dalam matawang USD.

Semua itu hanya di hujung jari. Janji pandai mengambil foto, tahu asas fotografi dan juga bijak menggunakan media sosial yang ada.

Banyak agensi antarabangsa stokfoto tersedia dalam memasarkan konten foto dan video anda ke pembeli yang memerlukan.

Salah satunya adalah EyeEm. Ia adalah salah satu platform media sosial yang wujud sejak awal tahun 2010. EyeEm pada dasarnya diasaskan oleh satu kumpulan anak muda yang ingin mengetengahkan konsep mobile photography dalam satu pertandingan fotografi dan penganjuran pameran di Berlin.

Kemudian, ia terus berkembang menjadi platform untuk fotografer menjual hasil karya dan dibeli oleh merata pembeli yang berkehendakkan gambar-gambar yang menarik.

Ebook “Ada Apa Dengan EyeEm’ ini ada mengupas bagaimana menjana pasif income dengan fotografi dan seterusnya membina portfolio diperingkat antarabangsa secara online. Ia lengkap menceritakan bagaimana hendak bermula, tips-tips penting yang perlu diketahui dan juga FAQ yang biasa ditanya. Ebooknya disusun ringkas dan mudah untuk difahami.

Menarik? Bagaimana mahu membeli?

Boleh terus ke pautan di https://gobokbuku.com/product/ada-apa-dengan-media-sosial-eyeem/. Semudah ABC, kalian akan terus dapat ebook ini selepas pembayaran dibuat.

Jom sama-sama kita menimba ilmu baru dan mana tahu ada rezeki dari sekeping gambar yang tersimpan dalam hard disk ataupun telefon itu.

Soalan :
Bagaimana nak dapatkan gambar yang menarik, saya keliru, nak dapatkan bokeh cantik nak guna apps apa ya?

Jawapan :
Gambar menarik bukan sebab apps dik. Tak perlu gunakan apps untuk dapatkan bokeh yang cantik. Pemahaman mengenai apa itu gambar menarik haruslah difahami terlebih dahulu. Gambar yang baik adalah apabila ia sudah diambil betul dari dalam kamera itu sendiri dengan komposisi yang sempurna, cahaya yang cukup, exposure yang tepat dan momen yang ada dalam satu frame. Bukan editing semata-mata. Editing hanyalah untuk merapikan sahaja, bukan untuk melebih-lebihkan kecuali ada sebab tertentu berkadaran dengan genre fotografi yang dipilih.

Saya suka melihat gambar-gambar daripada photojournalist, gambarnya hidup, ada soul, melihat buatkan mata tak lepas memandang ke tempat lain. Tak edit pun. Kalau ada edit pun sangatlah minimal dan tak melampau. Dan kebanyakkan gambar mereka sudah straight cantik dan perfect daripada kamera. Haaa, itu yang nak kena belajar selalu tengok gambar cantik yang sebenar.

Dapatkan menarik dan bagusnya gambar dari awalan. Sebab itu pentingnya faham asas.

Baca suratkhabar, pergilah tengok pameran photojournalist kita selalu. Boleh juga lihat contoh-contoh gambar begini dalam mana-mana pages photojournalist. Kita sama-sama lihat dan fahamkan.

Zanariah Salam
Melihat gambar cantik seperti gambar karya photojournalist benar-benar boleh buat kita belajar dengan betul.

Kadangkala kita ini buntu mahu ambil gambar bagaimana semasa sunrise. Geram saja tengok lawanya matahari naik dengan warna oren jingga memenuhi ruang angkasa.

Bolehkah guna smartphone?

Boleh. Saya tunjukkan dengan dengan etika berikut:

1. Jika sudah berangan mahu dapatkan sunrise yang lawa, dengan warna merah, kuning, biru, namun bila waktunya warna alam tak menyebelahi seperti yang diangankan, jangan terlalu sedih kerana itu bukan penghujung tak dapat gambar lawa hari itu.

2. Cuba perhatikan sekeliling dan cari satu subjek yang menarik. Mungkin hujung pokok, dedaun, lalang, awan mahupun tiang lampu.

3. Main dengan kompo sebaik yang boleh. Ke kiri sikit, ke kanan sikit, ke hadapan sikit, ke belakang sikit, buatlah apa jua, demi untuk dapatkan kompo yang menarik hati.

4. Jangan lupa, masukkan sikit warna alam yang ada ketika itu. Kalau ada sedikit warna oren pun ok saja. Kita nikmati apa yang ada dengan rasa syukur.

5. Lepas itu, edit sedikit dengan LR mobile. Mudah nak guna apps ni. Pandai cara nak godek, terbabom hasilnya. Tapi pastinya kompo gambar dah awal-awal cun melecunlah.

6. Setiap hari waktu terbitnya matahari, pelbagai warna alam yang dapat kita lihat. Hari ini kita mungkin jumpa warna oren saja, esok lusa, mungkin warna magenta pula. Itu nikmat sebenarnya. Nikmat kerana kita dapat melihat pelbagai warna yang menarik hati berbanding orang yang tidak dapat melihat.

7. Hari ini warna alam yang bagaimana korang lihat? Merah, oren, magenta, kuning? Kita klik klik klik dengan rasa senang hati dan ucapkan syukur.

Macam gambar dalam ini. Kalau nak ikutkan, nak lagi best, dapatkan lagi reflection kat kapal-kapal itu. Tapi apakan daya, ada limit tang ketinggian nak julurkan tangan. Jadinya, kita sedaya upaya cuba jugalah. Inilah hasilnya. Bolehlah kan, buat ada-ada dapat warna oren dengan pokok sekeliling membentuk natural framing. Gitu.

Zanariah Salam
Lihat dan sentiasa perhati alam.

Setiap kali travel atau jalan ke mana-mana sahaja, pastinya kita inginkan gambar menawan hati yang bukan sekadar selfie atau wefie semata-mata. Ada banyak cara dan trik yang boleh digunakan.

3 pesanan ini mungkin dapat membantu menambah baik hasil gambar bila kalian pergi travel atau jalan-jalan.

1. Cari mana-mana landmark yang menjadi ikon tempat itu. Kalau ke Melaka, apa landmark nya, bangunan merah? St Paul? atau beca Melaka? Fokus dan ambil dengan hati yang tenang. Kerana bila dah tenang, gambar pun elok kejadiannya.

2. Lihat pada kedudukan matahari. Alangkah indahnya jika dapat merakam momen sama ada terbit atau terbenam nya sang suria. Apatah lagi jika kena dengan waktunya, dapat biasan cahaya yang menyinari alam bagaikan kepingan pizza dilangit. Seronok bila tengok warna alam ni kan.

3. Gunakan apa yang ada disekeliling dalam mencipta kreativiti dalam berkarya. Nampak lopak air, jangan terus elakkan tapi hampiri ia. Kompo betul-betul, tunggu subjek lalu ataupun berdiri dekat situ. Dapat saja momen best, terus klik klik klik. Haaa, kan dapat gambar best.

Amacam? Dapat kuasai 3 pesanan ini, cukup sebagai permulaan. Kemudian pelbagaikan rentak dengan mengubah dasar melihat dari perspektif berbeza.

Dapat sesuatu? Dah dapat, share post dan tekanlah like ini supaya kawan-kawan yang lain pun dapat tahu serba sedikit juga. Boleh?

Zanariah Salam
Ambil gambar travel dengan gembira. Jomlah ikut saya next. Hehe.

Ada banyak cara untuk hilangkan rasa bosan dengan gambar sharp dan nampak perfect sahaja yang selalu kita ambil.  Salah satu cara dengan cuba ambil gambar abstrak. Ia nampak menarik. Saya ceritakan cara nak buat.

1. Pergi mana-mana kawasan yang ada banyak pokok dan agak gelap sedikit. Ini sebagai contoh. Boleh cuba di mana-mana sahaja juga.

2. Setkan smartphone kepada manual mode. ISO paling kecil, boleh cuba dengan ISO 50 dahulu. Shutter speed paling perlahan, guna 1/4s untuk mula-mula. Kemudian turunkan lagi berkadaran dengan persekitaraan. Ini memang kena cuba jaya tau. Jika tiada manual mode, sesetengah smartphone ada expert mode. Gunakan yang itu.

3. Tekan shutter dan gerakkan telefon ke atas secara perlahan. Kena berhati-hati buat. Ini memang kena cuba jaya sebaiknya. Jangan putus asa.

4. Boleh terus cuba dan cuba dengan gerakkan ke kiri, kanan atau buat pusingan. Buat gerakan yang dapat menghasilkan kesan yang menarik. Ikut kreativiti masing-masing ya.

5. Akan dapat gambar seperti ini. Nampak macam oil painting kan?

Boleh lah berekperimen masa bosan tak tahu nak buat apa kalau berkelah kat tepi sungai ke, tepi air terjun ke yang ada banyak pokok.

Kalau dapat buat pada kelompok daun-daun yang berwarna-warni, akan dapat kesan gambar terhasil seperti oil painting. Tapi kalau buat kat tempat-tempat yang agak kusam warnanya akan dapat kesan gambar seperti pastel atau sketch pensil.

Cubalah. Seronok tau sebab ada banyak elemen abstrak yang boleh kita dapat.

Zanariah Salam
Boleh jadi pelukis kadang kala bila guna telefon ini, kan.

Ambil gambar waktu malam agak mengerikan buat mereka yang hanya ada smartphone sahaja. Saya pun sama.

Tapi ia boleh diatasi dengan cara begini. Saya sudah buat dan ia menjadi dengan baik sekali.

1. Bawa tripod.
Perlu sebab kita akan gunakan bukaan shutter yang agak perlahan. Jadi dengan adanya tripod, ia boleh mengelakkan gambar jadi bergegar-gegar.

2. Cari subjek yang menarik.
Kenal pasti lokasi yang kita nak ambil gambar. Ada cukup komposisi yang lawa. Boleh cuba di sungai seperti ini kalau kalian berada di Melaka.

3. Guna night mode.
Pergi ke setting kamera. Cari night mode. Sebelum itu pastikan sudah set timer dalam 2 saat pada telefon supaya ia sedikit sebanyak dapat mengelakkan gegaran ketika tangan menyentuh telefon untuk mula tekan butang shutter.

4. Edit.
Boleh edit guna apps percuma yang ditawarkan oleh android ataupun ios macam snapseed, lightroom mobile dan vsco. Ada banyak lagi apps yang lain. Guna 3 ini pun dah okay. Masing-masing ada citarasa sendiri. Sesuaikan ikut kesukaan.

5. Cuba jaya hingga puas hati.
Benda macam ini memang kena praktis selalu. Baru kita tahu kelebihan yang ada pada telefon masing-masing.

Amacam? Mudah tak? Bolehlah cuba. Dah tahu, mudah untuk faham mengapa ambil gambar ini seronok sebenarnya. Dapat gambar lawa, mana tak seronok, ya tak? Jangan lupa tag la saya kalau berjaya dapat gambar cantik-cantik nanti.

Gambar ini guna Huawei P9. Set kepada night mode sahaja.

Nak tips lagi, follow lah fb saya okay. Sebarkan pada kawan-kawan dengan share posting ini. Semua happy dapat gambar lawa, saya pun sama.

Zanariah Salam
Kasi explore habis apa yang telefon sendiri boleh buat.

error: Content is protected !!