RANCANG GAMBAR TRAVEL SEMPURNA ANDA

Soalan:
Kenapa susah betul nak ambil gambar travel yang lawa?
Ada yang kata kena gunakan RO3 lah, framing lah, macam-macam lagilah.

Penat usung kamera ke hulu ke hilir, krik krik juga gambar.

Macam mana ini? Boleh bantu?

Jawapan:
Betullah apa yang orang kata itu. RO3 dengan framing itu antara asas komposisi. Ada banyak lagi.

Selain itu, sedikit fahaman tentang teknikal pun perlu ada. Sekurang-kurangnya asas fotografi mengenai Aperture, Shutterspeed dan ISO.

Kemudian kita kena olah cara nak ambil gambar itu mengikut kreativiti. Dan kreativiti inilah yang kita kena belajar. Lihat bagaimana cara orang lain buat. Fahami dari situ.

Kreativiti ditambah dengan teknikal, memang wow lah jadinya.

Kemudian, kreativiti itu kita boleh gunapakai untuk ambil gambar apa pun. Yang penting tahu dan olahan macam mana yang kita kehendaki mengikut pre-visual yang sudah kita bayangkan dalam kepala.

Ada perkara sebelum klik klik klik tekan shutter yang perlu diambil tahu. Barulah dapat dicungkil bagaimana rupanya nak ambil gambar yang ohsem. Berbaloi-baloi ambil tahu. Kalau tak, jenuh juga nak faham satu-satu. Belajar berdepan lagi mudah. Ikut selalu #FotoOhsem lah.

Macam contoh gambar dalam ini. Bergegar duduk dalam tuk-tuk ni tau. Kalau tak kena gaya, blur habis gambar. Buat penat tahan nafas saja kalau tak jadi gambar apa yang kita nak. Haaa, jadinya, kenalah tahu gambar bagaimana yang kita nak dulu, dari situ barulah kita setkan settingnya. Gitu.

Dapat sesuatu?

Zanariah Salam
Ambil gambar menambah kreativiti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!