Pembuat Mee Tradisional, Chow Kit

Mr. Wong, sudah lebih 60 tahun mengusahakan pembuatan mee secara tradisional di Chow Kit. Usia beliau yang menjangkau 76 tahun bukanlah halangan baginya untuk terus mengusahakan perusahaan ini sebagai tanda penghargaan beliau pada pelanggannya yang saban hari tidak jemu menikmati mee buatannya.

Diambil sepenuhnya dengan menggunakan kamera Sony A7S dan lensa Samyang AF 35mm f/1.4 ketika mengikuti outing bersama Sony Malaysia dan Nick Ng pada 1 Julai 2018 lepas.