MILIKI HASIL FOTO YANG BOLEH ANDA BANGGAKAN

Untuk menghasilkan karya foto yang bagus, kita haruslah faham apa yang dimaksudkan dengan karya foto yang bagus. Dari segi apa yang bagus, macam mana mahu melihatnya. Dengan ini kita boleh menilai sendiri sama ada koleksi yang kita hasilkan itu benar-benar bagus atau sekadar syok sendiri.

Dan bagus ini adalah subjektif. Saya mungkin katakan gambar A bagus, tapi mungkin tidak bagi sesetengah orang.

Untuk itu, bagi lebih faham, kita sendiri haruslah selalu melatih mata kita untuk terus menerus tengok foto yang bagus bagus dalam internet, majalah mahupun buku.

Semasa melihat foto tersebut, keluarkan pertanyaan demi pertanyaan. Kenapa anda rasakan foto ini bagus. Dari segi apa bagusnya. Komposisinya kah, warnanya kah, subjeknya kah atau apa sahaja. Cari seberapa banyak point penting untuk mengukuhkan lagi kenapa, kenapa dan kenapa.

Kemudian, cuba jawab persoalan yang anda kemukakan tadi. Bagaimana foto yang anda persoalkan bagus itu diambil? Dari sudut mana? Pencahayaannya dan sebagainya.

Tempat Ketiga Pertandingan Fotografi Melaka 2015. | Sony A6000

Dengan berbuat demikian, anda sebenarnya mengasak minda untuk terus berfikir dan mengolah idea. Lebih banyak pertanyaan demi persoalan, melihat lebih banyak foto dan berusaha menjawab setiap persoalan yang diutarakan, ia sesungguhnya membekalkan minda anda untuk cuba menghasilkan foto seperti itu. Pasakan kekerapan melihat foto cantik, akan trigger minda anda untuk membuat foto dengan keadaan yang lebih kurang sama namun dalam situasi yang berbeza. Bukan meniru, tetapi anda akan lebih kreatif sebenarnya nanti dalam mencorak karya sendiri.

Tabungan idea inilah yang kita panggil sebagai tiruvasi. Meniru dan inovasikan ia berpandukan situasi setempat foto yang ingin kita ambil.

Dan pastinya selepas itu, kenalah selalu praktis ambil gambar.

Bagaimana nak praktis ambil gambar? Saya bukan selalu keluar travel pun?

Nah, kalau inilah yang bermain di minda anda, anda rugi besar sebenarnya.

Melatih diri melihat dan menghasilkan karya yang cantik, tidak memerlukan anda untuk keluar rumah berbatu-batu, berkilometer jauhnya. Cukup sekadar berjalan keliling rumah anda.

Fotografi itu seni. Seni adalah kreativiti.

Cuba sesuatu dengan berekperimen melalui apa yang anda nampak depan mata.

Nampak daun, bagaimana nak ambil gambar daun untuk bagi ia lebih cantik.

Nampak batu, bagaimana nak nampak tekstur batu itu indah rupanya dalam gambar.

Begitulah seterusnya.

 

Zanariah Salam

Terus belajar.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!