MENJEJAK BAJRANGI BHAIJAAN DI SONAMARG KASHMIR

Tak sah kalau ke Kashmir, tak singgah di Sonamarg. Pergi ke sini mesti terus teringat cerita Bajrangi Bhaijaan. Ala yang ada scene gunung ganang yang diliputi salji itu la.

Tak banyak subjek untuk human interest di sini kecuali kalau nak buat staging. Selebihnya, layan ambil landscape sajalah. Berdiri ditempat yang kiri kanan gunung ganang, memang boleh buat hati sejuk saja. Nak pekik jerit pun boleh kalau kat sini. Lepaskan geram orang kata. Janji siap sedia menahan muka tebal seinci nanti. Haha.

Nak ke sini kenalah naik kuda. Tapi kalau ada stamina kuat, nak berjalan kaki pun boleh. Tapi sanggup ke? Jauh wei, dengan udara agak nipis, naik bukit, turun bukit, mencabar gak. Tapi pemandangan sekeliling memang superb.

Kat sini, setiap musim berbeza pemandangannya. Kalau masa winter, penuh gunung ganang tu dengan salji. Silap-silap nak masuk ke sini pun tak boleh kalau salji tebal. Tapi masa autumn, pokok-pokok tu akan berwarna kuning merah daunnya. Masa trip lepas baru ni, boleh dikatakan dah nak penghujung summer dan nak masuk autumn. Jadinya dapatlah langit membiru dengan seketul awan pun tak ada. Cuma masa kami nak bersiap beredar dari sini, barulah awan mula muncul. Yeay.

Pacak tripod, layan buat panorama 180 darjah dengan hembusan udara dingin, lepas itu buat long exposure dengan big stopper kat tepi anak sungai itu memang jadi kegilaan buat pengemar landscape. Memang heaven. Silap-silap kalau ada cukup masa dengan keadaan mengizinkan, layan buat milky way pun best kat sini kan. Bayangkan lah.

Berada kat sini memang serba serbi lawa pemandanganya. Tak susah mana, halakan saja kamera tu ke mana-mana arah. Lawa saja kejadiannya.

Nah, saya kumpulkan gambar Sonamarg. Lebih kepada gambar gunung ganang la yea. Yang lain, saya lebihkan dengan rakaman dalam mata saja. Kalian kena sekali datang sini. Tengok sendiri apa yang mata saya nampak. Nak tak untuk tahun depan?

Zanariah Salam
Suka ambil gambar travel buat hati girang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!