Awak perlukan pembacaan yang boleh menaikkan semangat diri sebagai seorang wanita? Saya sarankan bacalah buku Ustazah Zaman Dulu-dulu ini, tulisan Maisarah Mohd. Pauzi, terbitan Jejak Tarbiah.
Apa intipati 5 bab dalam buku ini?
1. Kenali tokoh-tokoh wanita kemerdekaan kita seperti Ibu Zain, Aishah Ghani, Shamsiah Fakeh dan Khatijah Sidek.
Ibu Zain – pejuang pendidikan anak perempuan.
Aishah Ghani – Membangun jiwa insan.
Shamsiah Fakeh – Wanita radikal malaya.
Khatijah Sidek – Ibu kemerdekaan Nusantara.
4 tokoh dengan perjuangan masing-masing namun dengan misi yang satu, memperjuangkan wanita. Ambil semangat mereka dalam kehidupan kita seharian. Besar pengorbanan mereka atas kesejahteraan kita hari ini.
2. Ada peristiwa yang berlaku dahulu yang mencetuskan semangat perjuangan kemerdekaan. Wanita mengangkat senjata, ikut berjuang mempertahankan negara ketika darurat 1948 sebagai contoh. Apabila Kampung Manjor diceritakan pernah diserang komunis, dengan semangat berkobar-kobar, memegang senjata, bertalu-talu serangan balas dilakukan oleh pejuang wanita dahulu hingga komunis mengalah lalu melarikan diri. Boleh bayangkan betapa kuatnya semangat juang wanita kita dahulu? Hari ini, cuba dengar apabila mak mak mula membebel, boleh tahan telinga tak? Ada rasa nak lari sorok diri?
Ingat atau pernah dengar Rusuhan Natrah? Saya seakan ingat-ingat lupa. Natrah sendiri dikisahkan tidak inginkan rusuhan ini disabitkan atas namanya. Beliau tidak bersalah. Peristiwa rusuhan yang berlaku pada 12 Disember 1950 yang melibatkan pencabulan hak asasi wanita pada waktu itu telah menyemarakkan semangat perjuangan kemerdekaan negara atas kebiadapan penjajah waktu itu. Ternyata hal tentang agama dan pencabulan hak jangan dibuat main-main.
3. Ada karya-karya yang wujud pada zaman sebelum dan selepas merdeka yang kurang diketahui umum. Pernah dengar Hikayat Faridah Hanom? Dalam buku ini, ada dikisahkan serba sedikit pengenalan awal karya tersebut yang mengangkat tema wanita dengan idea kebebasan wanita dalam membuat keputusan. Malah, hikayat ini telah menjadi perintis kepada beberapa novel lain selepasnya dengan mengangkat tema yang sama, tentang hak wanita.
4. Masih ingat filem Musang Berjanggut? Antara filem arahan P Ramlee yang suka nak tengok banyak kali tanpa jemu. Dalam kita ketawa melihat setiap babak lakonan dalam filem tersebut, lihatlah pada kebijaksanaan Puspawangi yang tidak mudah dipermainkan oleh lelaki. Dan bagaimana bijaknya pemikiran beliau dalam setiap tingkah laku, tidak memakai payung semasa panas tetapi memakai payung ketika dalam hutan sebagai contoh.
Malah ada dikisahkan bagaimana Hamka mengkritik perempuan dalam buku ini. Siapa yang sudah baca Merantau Ke Deli dan Angkatan Baru mesti tahu apa yang cuba Hamka sampaikan dalam 2 bukunya itu.
5. Di sebalik lagenda Mahsuri, ada kisah keadilan yang diabaikan. Peristiwa yang berlaku walaupun sumpah Mahsuri dikatakan dongeng, tapi hasad dengki, fitnah dan kezaliman boleh memporak perandakan kehidupan masyarakat harus kita jadikan iktibar. Hiduplah dengan aman damai.
Inilah antara cebisan kisah inspirasi yang diangkat dalam buku ini. Ia akan membawa kita menjejak emansipasi tokoh wanita melayu dan nusantara yang menjadi penggerak kepada kemerdekaan tanah air sehingga mencipta suatu sejarah besar pada hari ini.
Mahu senaskah jadi bahan bacaan buat jati diri? Pesan sahaja di sini.
Comments are closed.