MENCARI HIDDEN BEAUTY OF KUKUP TOWN (JOHOR) BERSAMA SONY MALAYSIA DAN SAYA

Alhamdulillah, selesai satu tugasan hari ini, 11hb Januari 2020.

Tugasan buat Sony Malaysia bagi workhop fotografinya.

Jutaan terima kasih buat semua yang telah hadir bersama saya dalam “Explore the Hidden Beauty of Kukup Town (Johor) with SONY” kali ini.

Kali ini lebih kepada travel fotografi dari perspektif mencari apa yang cantik disesuatu kawasan atau tempat tersebut.

Seramai lebih kurang 30 orang hadir dan masing-masing menerokai 2 kampung di Kukup, Kg Kukup Laut dan Kg Air Masin dari sudut pandangan berbeza. Apatah lagi apabila dibekalkan dengan kamera dan lens Sony yang dibawa.

2 kampung ini saya pilih untuk sesi workshop kali ini kerana keunikan yang ada padanya. Kampung atas air dan majoriti penduduknya berbangsa cina. Malah, pertama kali ke sini, rata-rata beranggapan ada sesuatu yang menarik dan seronok untuk menyelusuri jalan kampung di sini.

Dan semoga perkongsian yang diberikan dapat memberikan sedikit idea untuk yang hadir terus berkarya. Melihat dan terus memerhati. Jadi pelancong dan pengembara yang ingin tahu. Akan dapat nampak banyak benda menawan hati depan mata nanti.

Kadang kala tanpa kita sedari, ada begitu banyak momen dan lenskep kehidupan yang menarik di sekeliling di mana kita berada. Lihat dan memerhati. Tahu nak ambil apa, bagaimana melihat cahaya, sudut dan latar belakang dalam mencorak gambar yang menarik hati.

Tidak ketinggalan juga, adab dan etika yang perlu diambil peduli. Bukan hanya dengan datang dan terus menerus ambil gambar, memberi salam dan memperkenalkan diri terlebih dahulu adalah amat digalakkan. Budi bahasa. Tidak susah pun.

 

Insya-Allah, akan ada lagi program sebegini akan datang. Teruskan lagi ke https://www.sony.com.my/microsite/events/imaging untuk turut sama ikut mana-mana workshop yang ada. Berbaloi sungguh. Saya pun bermula dengan ikut sama mana-mana workshop Sony sebegini, sejak penghujung 2009. Belajar dan terus belajar dari mereka yang lebih berpengalaman dan kemudian tahu apa yang diri sendiri mahukan.

Akan ada lagi workshop bersama Sony Malaysia dan saya pada bulan Februari nanti, Insya-Allah. Terus rujuk dilink di atas ya untuk tidak ketinggalan informasinya.

Event percuma saja kawan-kawan. Dapat jumpa rakan-rakan dengan minat yang serupa, guna kamera dan lens Sony yang terbaru dan terus dapat latih ambil gambar bersama-sama.

Sehingga berjumpa lagi di workshop akan datang.

Dan, sekali lagi, terima kasih Sony Malaysia atas penganjuran event sebegini saban waktu dan juga pada agensi atas gambar behind the scene.

Zanariah Salam
Jadi pengembara dan pelancong ditempat sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!