MENCARI GAMBAR BERSAMA FOTOOHSEM PHOTOWALK JOHOR BAHRU 01

Sabtu lepas, 19 Oktober 2019, satu aktiviti ambil gambar telah kami jalankan di sekitar bandar Johor Bahru. FotoOhsem Photowalk julung kalinya diadakan secara rasmi walaupun sebelum ini pernah ada juga beberapa siri outing santai bersama kawan-kawan.

Kali ini pendekatan kami agak berbeza. Kita keluar jalan-jalan ambil gambar sambil bercerita dan ambil tahu kisah setempat. Bergerak dalam kumpulan supaya lebih selamat dan saling membantu dalam memperbaiki komposisi masing-masing.

Tidak terlalu formal, tetapi santai dalam menghasilkan karya yang cantik dalam kamera mahupun smartphone.

Memerhati bagaikan seorang pelancong asing menyaksikan banyaknya keindahan dan subjek yang menarik mata. Serius, sepintas lalu, jika ke sini, kita pasti tidak akan ambil kisah apa yang berlaku di jalanan.

Lihat dengan mata hati, ubah menjadi mata lebah, meriahnya pemandangan yang menarik hati di sini.

Bermula jam 8.30 pagi, kami berkumpul dan sesi briefing diadakan. Mana checkpoint yang perlu ada, apa gambar yang sepatutnya ambil, bagaimana nak mendekati subjek, kami perjelaskan secara ringkas supaya pengisian photowalk kali ini lebih bermakna.

Sekitar Pejabar Pos Besar Johor Bahru menghala ke Galleria @ Kotaraya, terdapat banyak bangunan lama yang masih kekal. Kedai makan yang masih kekal cara susunan dan penyediaan makanan menarik mata untuk terus mendekati.

Malah, dipersimpangan Jalan Segget dan berhampiran dengan Little India, ada sekelompok burung merpati yang menjadi tumpuan paling menarik untuk ambil gambar. Hanya perlu tunggu momen saja. Kenalah sabar dan mula berfikir, sudut manakah yang terbaik untuk menghasilkan gambar yang cantik.

Tidak lupa, kedai runcit yang masih lagi menjual makanan ringan dalam tin. Seperti kembali ke zaman kanak-kanak apabila melihat susunan tin sedemikian rupa.

Malah, penat berjalan terhibur apabila terdengar tiupan flute daripada Pakcik Andrew Wong di Jalan Hiok Nee. Alunan bunyi menggamit suasana dan mendamaikan hati. Terima kasih uncle kerana menghiburkan kami.

Sesungguhnya, berjalan dan mengambil gambar begini bukan sahaja dapat mengeluarkan peluh, skil komunikasi bertambah baik, malah menambah kenalan pun ya juga. Insan-insan yang kami jumpai sekitar sesi photowalk kali ini, baik dan ramah sekali. Masing-masing tidak malu untuk posing depan kamera dan memberikan kerjasama yang baik sekali.

Terima kasih buat peserta FotoOhsem Photowalk Johor Bahru 01 atas komitmen kalian semua dan hadir sama-sama memeriahkan sesi kali ini. Ini bukan kali pertama dan terakhir. Akan ada lagi nanti ke tempat yang lain pula.

Kalau mahu ikut sama untuk aktiviti seterusnya, terus sahaja follow saya di facebook ataupun IG.

Nanti dah ada tu, jangan lupa pula nak daftar ya.

 

Zanariah Salam

Suka ambil gambar travel yang mengembirakan hati.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!