DAL LAKE YANG MENAWAN HATI

Nikmati setiap detik waktu persis mata lebah. Lihat dengan rasa syukur dan bahagia dengan peluang pengalaman yang diberi.

Dal Lake. Tempat yang menawan hati untuk menikmati setiap inci pemandangan yang menakjubkan.

Seharian naik shikara. Pagi ke floating market, petang pula pusing tasik. Masih lagi terasa ayunannya ke kiri dan ke kanan. Dengar kocakan air, kicauan burung berterbangan dan warna alam yang mempesona hati.

Pejamkan mata. Bayangkan keindahan begini kekal sampai bila-bila dan memihak pada mereka yang sepatutnya. Ini tanah buat mereka yang berhak. Orang Kashmir tersenyum, mereka gembira menerima kedatangan pelancong saban waktu, yang datang menyinggah pula puas berada di bumi bertuah ini.

Kashmir, Heaven on Earth. Kita tunjuk sikit gambar dari Sony RX100vi saya masa kat Dal Lake. Nanti saya tunjuk gambar lain pula. Nak tengok lagi, follow lah website ini. Sudah buat? 😀😜

Zanariah Salam
Ambil gambar travel buat hati jadi girang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!