PENULISAN

CABARAN MENULIS KARANGAN PENDEK DARIPADA 41 JUDUL BUKU TERE LIYE

Pinterest LinkedIn Tumblr

Tere Liye, seorang akauntan yang menulis. Ramai peminatnya di Malaysia. Beliau sudah menghasilkan puluhan novel dalam pelbagai genre yang meliputi genre kekeluargaan, fantasi, roman, politik & ekonomi, aksi, sains & fiksi bercampur roman, biografi, puisi, kumpulan kata-kata atau quote dan juga sejarah.

Antara judul novel-novel beliau ialah

1. Daun yang jatuh tak pernah membenci angin
2. Ayahku (bukan) Pembohong
3. Kau, Aku & Sepucuk Angpau Merah
4. Negeri Para Bedebah
5. Negeri Di Ujung Tanduk
6. Bumi
7. Bulan
8. Matahari
9. Bintang
10. Komet
11. Komet Minor
12. Ceros & Batozar
13. about love
14. about friends
15. about life
16. Dikatakan Atau Tidak Dikatakan, Itu Tetap Cinta
17. Sungguh, Kau Boleh Pergi
18. Hujan
19. Pulang
20. Pergi
21. Hafalan Shalat Delisa
22. Moga Bunda Di Sayang Allah
23. Dia Adalah Kakakku
24. Rembulan Tenggelam Di Wajahmu
25. Si Anak Spesial
26. Si Anak Pintar
27. Si Anak Pemberani
28. Si Anak Cahaya
29. Si Anak Kuat
30. Si Anak Badai
31. Sepotong Hati Yang Baru
32. Berjuta Rasanya
33. Rindu
34. Harga Sebuah Percaya
35. Tentang Kamu
36. Sunset Bersama Rosie
37. Cintaku Antara Jakarta & Kuala Lumpur
38. The Gogons 1
39. The Gogons 2
40. Selena
41. Nebula

Banyak kan judulnya?

Mana satu dalam genre-genre yang saya sebutkan di atas itu?

Nah ini dia,

Genre kekeluargaan

Si Anak Pemberani (judul lama Eliana)
Si Anak Spesial (judul lama Burlian)
Si Anak Pintar (judul lama Pukat)
Si Anak Kuat (judul lama Amelia)
Si Anak Cahaya
Si Anak Badai
Hafalan Shalat Delisa
Moga Bunda Di Sayang Allah
Dia adalah Kakakku (judul lama Bidadari-Bidadari Surga)

Genre politik & ekonomi

Negeri Para Bedebah
Negeri di Ujung Tanduk

Genre aksi

Pulang
Pergi

Genre roman

Sunset dan Rosie (judul lama Sunset Bersama Rosie)
Aku Kau dan Sepucuk Angpau Merah
Berjuta Rasanya
Sepotong Hati Yang Baru
Daun Yang Jatuh Tak Pernah Membenci Angin

Genre fantasi

Bumi
Bulan
Matahari
Bintang
Ceros & Batozar
Komet
Komet Minor
Selena
Nebula
Ayahku Bukan Pembohong
Harga Sebuah Percaya

Genre sejarah

Rindu

Genre biografi

Tentang Kamu

Genre sains dan fiksi bercampur dengan roman

Hujan

Genre biografi yang ada unsur refleksi diri

Rembulan Tenggelam di Wajahmu

Kumpulan puisi

Dikatakan atau Tidak Dikatakan Itu Tetap Cinta
Sungguh, Kau Boleh Pergi

Kumpulan kata-kata atau quote

#About friends
#About Love
#About Life

Daripada novel-novel beliau ini, Hafalan Shalat Delisa, Moga Bonda Di Sayang Allah, Rembulan Tenggelam di Wajahmu adalah antara novel yang telah diangkat menjadi filem. Gigih juga mahu mencari filem ini untuk ditonton. Mesti seronok kan. Awak dah tengok?

Bagi mendatangkan semangat untuk membaca semua novel beliau, saya telah secara suka-suka mengadakan cabaran menulis karangan pendek daripada 41 judul buku Tere Liye pada bulan Julai 2020 lepas.

Ada sedikit hadiah saya berikan buat mereka yang mahu sahut cabaran tersebut di facebook. Dan mereka yang bertuah adalah sepertimana karangan pendek di bawah ini.

Amirah Mardhiah Hamdan

Daun jatuh tak pernah membenci angin, seperti itu juga aku tak pernah membenci rindu. Dikatakan atau tidak dikatakan, itu tetap cinta. Tetap berkisar tentang kamu. Walau dalam kejauhan kau tetap di Negeri Para Bedebah, sedang aku di Negeri Di Ujung Tanduk. Mana mungkin kita dapat pulang ke tempat yang sama walaupun kita berkongsi bumi, bulan, matahari, bintang, komet dan komet minor yang sama. Ianya seperti kau tanyakan aku mana besar cintaku antara Jakarta & Kuala Lumpur.

Memegang gelaran Si Anak Kuat, takkan mudah ku pinta sepotong hati yang baru, kerana aku tahu biarpun berjuta rasa itu bakal hilang bersama hati yang lama, tetap padaku rembulan tenggelam di wajahmu.

Memegang gelaran si Anak Cahaya, aku tahu harga sebuah percaya itu mahal. Tidak mampu ternilaikan dengan uang. Seperti kisah Sunset Bersama Rosie, walaupun ku katakan sungguh, kau boleh pergi, tetapi jika takdir menentukan titik kehidupan kita bersatu, walaupun lambat kita tetap akan menyatu.

Sebagai Anak yang Pintar, aku tahu benar Ayahku (bukan) pembohong. Seperti kata ayahku, bukannya kehidupan ini semata tentang diri mu, it is about love, about friends and about life. Tentang kehidupan itu sendiri secara besarnya. Aku jadi teringat, kisah kau, aku & sepucuk angpau merah. Ketika Nebula dan Selena membuat onar tidak menyerahkan Angpau Merah yang telah kau kirimkan padaku itu. Bukan main aku kecewa kerana mengingatkan kau lupa pada aku. Ah, kenangan indah!

Kau, si Anak Pemberani, si Anak Badai dan si Anak Spesial gelaranmu. Pergi, pergilah meredah basahnya hujan untuk mengejar citamu. Jangan lupa kau untuk sentiasa berdoa, moga Bunda di Sayang Allah selalu. Bawalah bersamamu tiga buku nukilan Tere Liye yang aku kirimkan, moga The Gogons 1, The Gogons 2 dan Ceros & Batozar mampu menemanimu sepanjang perjalanmu. Ia, dia Adalah Kakakku.

Qasidah Adda

Nak, dalam sebuah perjalanan kita akan pelajari banyak hal ABOUT LIFE. Pesanan bunda supaya jadi SI ANAK PINTAR, SI ANAK SPECIAL, SI ANAK PEMBERANI, SI ANAK CAHAYA juga SI ANAK KUAT akan selalu kuingati.

SELENA menatap langit sendirian ditemani BULAN BINTANG mengingatkan kenangan bersama bunda, MOGA BUNDA DISAYANG ALLAH.

Selena, tidak guna kau PERGI ke NEGERI PARA BEDEBAH lebih baik PULANG tinggal di negeri sendiri biarpun NEGERI DI HUJUNG TANDUK kerana itu tempat asal mu.

Lupakah kau waktu kecil dulu kita menonton movie HAFALAN SHALAT DELISA bersama-sama, mendengar cerita tentang BUMI, MATAHARI, KOMET, KOMET MINOR dan apa yang terjadi pada CEROS & BATOZAR. Selena mendengar bunyi HUJAN di atap sambil merenung di jendela RINDU kepada DIA ADALAH KAKAKKU yang mana apabila melihatnya seperti REMBULAN TENGGELAM DI WAJAHMU.

PULANG bersama SEPOTONG HATI YANG BARU kerana DAUN YANG JATUH TAK PERNAH MEMBENCI ANGIN.

NEBULA, mengajar ABOUT LOVE dan HARGA SEBUAH PERCAYA. Sudah banyak yang kita lewati BERJUTA RASANYA walaupun DIKATAKAN ATAU TIDAK DIKATAKAN ITU TETAP CINTA kerana semua hanyalah TENTANG KAMU, perasaan yang ada seperti CINTAKU ANTARA JAKARTA & KUALA LUMPUR.

ABOUT FRIENDS kenangan terindah SUNSET BERSAMA ROSIE juga AKU, KAU & SEPUCUK ANGPAU MERAH. Walaupun kau pernah bilang kepadaku SUNGGUH, KAU BOLEH PERGI, tetapi aku tahu hadiah buku THE GOGONS 1 & THE GOGONS 2 yang dikirimkan kepada ayahku itu dari kamu kerana AYAHKU (bukan) PEMBOHONG.

Nurul Fauzani Mohamed Ariff

MATAHARI PERGI membawa diri, HUJAN PULANG ke BUMI, munculkan dirinya. BERJUTA RASANYA, Aku RINDU TENTANG KAMU.

ya kamu SELENA. kamu yang mengajar aku terutamanya ABOUT LIFE, ABOUT LOVE, ABOUT FRIENDS, dan kau juga yang ajar aku HARGA SEBUAH PERCAYA.

SELENA, kamu SI ANAK SPECIAL, SI ANAK PINTAR lagi SI ANAK PEMBERANI, MEMBAWA SEPOTONG HATI YANG BARU aku fikir, dan kau juga membawa cintaku, yang cintaku terhadapmu ibarat CINTAKU ANTARA JAKARTA & KUALA LUMPUR.

cintaku padamu sangat dalam, sampai DIKATAKAN ATAU TIDAK DIKATAKAN , ITU TETAP CINTA. SUNGGUH, KAU BOLEH PERGI ke NEGERI DI UJUNG TANDUK, membawa CEROS & BATOZAR daripada terus hidup di NEGERI PARA BEDEBAH.

Malam, ku termenung, melihat BINTANG di langit. Ku terbayangkan kenangan kita melihat SUNSET BERSAMA ROSIE, SI ANAK CAHAYA, dan NEBULA, SI ANAK KUAT lagi dia SI ANAK BADAI .

Sesekali terlihat KOMET juga KOMET MINOR menemai langit malam ku serta ditemani dengan alunan merdu HAFALAN SHALAT DELISA . Kerna AYAHKU (BUKAN) PEMBOHONG, aku percaya pada pesanannya, DAUN TAK PERNAH MEMBENCI ANGIN.

Selena, kadang ku terbayangkan REMBULAN TENGGELAM DI WAJAHMU, ingatkah engkau tentang cerita THE GOGONS 1 & THE GOGONS 2 , yang bunda selalu bising saat kita diam tak bergerak di hadapan televisyen?

Bunda juga sudah lama tinggalkan kita, doaku , MOGA BUNDA DI SAYANG ALLAH. Amiin. Selena, angpau merahku aku temu sudah. Dulu, KAU , AKU & SEPUCUK ANGPAU MERAH berpisah tiada. Sungguh aku rindu kamu, selena , DIA ADALAH KAKAKKU.

Izz Mar

“Sungguh, kau boleh pergi. Setelah kau memilih untuk pergi, aku akhirnya pulang ke kampung halamanku yang sunyi. Yang kau sebut-sebut sebagai negeri para bedebah. Kerana yang tinggal hanya ayah dan bundaku yang renta. Kau bilang ayahku pembohong. Tidak! Ayahku (bukan) pembohong! Ayah hanya bercerita kisah-kisah lamanya, yang kedengaran mustahil di telinga orang. Pun bunda masih bertahan menyayangi ayah. Seperti daun yang jatuh tidak pernah membenci angin. Moga bunda disayang Allah. Bundalah salah satu daripada bidadari-bidadari surga di hati ayah, selain aku Amelia, Delisa, Eliana dan Selena puteri-puteri kesayangannya. Kami tetap bahagia tanpa kau di sini. Inilah about love yang hakiki.

Ketika kau memilih untuk pergi, aku tetap memeriksa hafalan shalat Delisa, adik bongsu kita yang juga kau lupakan. Aku membacakan dongeng Kisah Sang Penandai agar kelak dia tahu harga sebuah percaya, yang pernah kau robek-robek dahulu. Aku membacakan hikayat-hikayat The Gogons 1 , The Gogons 2 dan Komet Minor yang pernah kau khayalkan ketika kita bersama dulu. Aku membawa dia bermimpi memeluk bulan, matahari, bintang, komet, nebula, ceros dan batozar. Aku bercita-cita membawa dia berlari di dalam hujan sambil mengelilingi bumi. Segala-galanya about life.

Delisa, dia si anak spesial, si anak cahaya, si anak pintar, si anak pemberani, si anak kuat, dan si anak badai. Pasti kau kagum kalau melihatnya sekarang. Di negeri di ujung tanduk yang mana kau menghilang? Rembulan tenggelam di wajahmu lagi atau tidak? Rindu aku ingin melihat wajahmu yang bercahaya. Rindu segalanya tentang kamu. Cukupkah kisah kau, aku dan sepucuk angpau merah untuk aku beritahu kepada Delisa nanti?

About friends, takkan kau memilih untuk pergi tanpa mengalah? Cukupkah melangkaui cintaku antara jakarta dan kuala lumpur? Di Kuala Lumpur, di ceruk manakah engkau? Pulanglah dengan dengan sepotong hati yang baru. Berjuta rasanya rindu yang inginku khabarkan kepadamu. Kerana dikatakan atau tidak dikatakan, itu tetap cinta.”

Siapakah dia, teman-teman? Dia adalah kakakku. Rosie. Rindu untuk menatap sunset bersama Rosie lagi.

Tahniah buat 4 orang pemenang. Hadiah telah pun saya hantar sejurus pertandingan ini tamat pada 25 Julai 2020.

Bacalah karangan pendek mereka, seronok kan. Ternyata daripada judul saja boleh menjadi satu karangan pendek yang menarik untuk dibaca.

Tapi mana versi saya pula?

Nah, ini dia, Saya buat simple sahaja.

Aku tahu ayahku bukan pembohong. Kerana setiap daun yang jatuh tak pernah membenci angin. Sama seperti aku sekeluarga.

Walau berada di negeri para bedebah, negeri di ujung tanduk, di bumi, dengan bulan purnama malam, disinari matahari dan berbumbungkan bintang hingga terlihat komet besar dan komet minor melintas, kami bahagia.

Bahagia keluarga kami kerana perasaan about love, about friends dan about life yang selalu kami amalkan.

Walau apa orang kata, dikatakan atau tidak dikatakan, ia tetap cinta kami tentang kamu, dengan tidak memendam rasa.

Sungguh, kau boleh pergi, mengikut limpahan hujan, pun boleh pulang, membawa sepotong hati yang baru. Kerana aku tak pernah menyesal memahami tentang erti rindu yang berjuta rasanya.

Harga sebuah percaya boleh pergi, atau mati bersama rembulan tenggelam diwajahmu yang aku, kau dan sepucuk angpau merah tahu akan rahsianya.

Moga bunda di sayang Allah, diterima hafalan shalat Delisa kerana dia adalah kakakku. Sama seperti Ceros dan Batozar yang aku timangkan sebagai si anak special, si anak pintar, si anak pemberani, si anak cahaya, si anak badai dan si anak kuat yang sering melihat sunset bersama Rosie.

Aku rindu Malaysia kerana cintaku antara Jakarta dan Kuala Lumpur bagaikan siri The Gorgon 1 dan The Gorgon 2 yang sering merindui Selena dan Nebula.

Jangan ketawa, apa versi karangan awak pula?

zanariah salam

Suka ambil gambar, suka travel, suka beli buku, suka membaca. Hai, awak suka apa pula?

Write A Comment

error: Content is protected !!