BUKU PROJEK LAVENDER KISAH PEJUANG KANSER

60

Edisi ke-2 #misi14hari. Tak sangka. Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan lagi dua minggu hingga 14 April 2020. Maknanya dalam tempoh ini, saya kena tambah lagi bahan bacaan.

Apa yang saya baca?

Buku kesembilan dan kesepuluh. Wow. 2 buku sekaligus wei.

Kenapa 2, bukan 1? Saya ceritakan.

Projek Lavender : 22 Kisah Pejuang Kanser Yang Cekal Melawan
Projek Lavender 2 : Kanser, Catatan Hati Tentang Reda

Membaca buku kisah hidup tentang pesakit atau ahli keluarga yang menghidap kanser.

Sakit adalah ujian. Ada yang menerimanya sebagai tanda Allah kasih pada hambanya. Diuji kerana Dia tahu kita mampu untuk melaluinya. Reda dan cekal melawan dalam mengharungi hari mendatang dengan tabah.

Membaca 2 buah buku ini menyedarkan bahawa sihat itu adalah nikmat yang harus sangat sangat dihargai sebaik mungkin.

Menyelami bagaimana penulis menzahirkan kisah hidup mereka, memberi motivasi diri untuk bersyukur dengan segala nikmat yang Allah beri. Sebuah inspirasi untuk mereka di luar sana tentang pesakit yang tak pernah putus asa dalam mengharungi detik yang sukar. Selagi ada hari esok, ada harapan baru buat mereka.

2 buah buku yang boleh kalian baca. Buat yang tak kental hatinya, mudah koyak emosi, bacalah berselang. Kemudian makan jajan sekejap, happy happy sikit, lepas itu sambung baca.

Buku yang pernah menerima Anugerah Buku Negara 2019 (buku umum terbaik, inspirasi) dan buku perawatan jiwa ini boleh kalian terus dapatkan melalui di sini.

Kita selami sama-sama kisah mereka, tentang perjuangan mereka yang tidak berhenti berusaha. Sangat memberi inspirasi untuk terus positif.

Saya ambil gambar dan gabungkan 2 buku ini sebelah menyebelah. Nampak kan, kenapa kena beli 2 buah buku ini sekaligus?

Zanariah Salam
Membaca merawat jiwa.

Comments are closed.