BAGAIMANA MERANCANG HENDAK AMBIL GAMBAR DI STREET YANG HEBAT?

Soalan:
Macam mana nak mulakan ambil gambar kat street? Ada idea tak? Buntulah.

Jawapan:
Ada banyak idea boleh buat. Yang pasti kena sabar banyak. Sebab kat street ini banyak momen yang boleh kita rakamkan. Antara peka atau tak sahaja.

Boleh bermula dengan tetapkan satu tema sahaja dahulu. Sebab ia boleh melatih mata untuk terus fokus melihat.

Terlebih dahulu kenal pasti nak shot apa dan tema apa yang bersesuaian dengan tempat yang kita nak pergi tu. Kalau kat situ ada banyak burung merpati sebagai contoh, boleh gunakan elemen burung sebagai tema kita.

Lepas tu, carilah momen dan tunggu saatnya. Yang pasti kamera kat tangan sudah siap-siap setting.

Nampak mudah, tapi ia perlukan latihan dan kecekapan berfikir untuk hasilkan gambar yang macam mana. Tak cuba buat, kita tak tahu feel dia best ke tak best. Dah cuba, memang rasa nak buat street hari-hari. Tak percaya, cuba lah dulu.

Contoh gambar ini. Saya buat simple sahaja. Kompo siap-siap, set kepada burst mode dan tunggu momen best berlaku. Jika tak dapat kali ini, tak apa, kita cuba lagi. Setiap hari adalah proses pembelajaran yang berterusan.

Cantik betul burung ini bertenggek atas wayar. Komposisi dengan “leading line”.

Zanariah Salam
Boleh ketagihan ambil gambar street ni tau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!