BAGAIMANA MERANCANG GAMBAR ABSTRAK TERHEBAT

Kalau bosan dengan gambar sharp, dan nampak perfect sahaja, boleh cuba ambil gambar abstrak. Ia nampak menarik. Saya ceritakan cara nak buat.

1. Pergi mana-mana kawasan yang ada banyak pokok dan agak gelap sedikit. Ini sebagai contoh. Boleh cuba di mana-mana sahaja juga.

2. Setkan smartphone kepada manual mode. ISO paling kecil, boleh cuba dengan ISO 50 dahulu. Shutter speed paling perlahan, guna 1/4s untuk mula-mula. Kemudian turunkan lagi berkadaran dengan persekitaraan. Ini memang kena cuba jaya tau.

3. Tekan shutter dan gerakkan telefon ke atas secara perlahan.

4. Boleh terus cuba dan cuba dengan gerakkan ke kiri, kanan atau buat pusingan. Buat gerakan yang dapat menghasilkan kesan yang menarik.

5. Akan dapat gambar seperti ini. Nampak macam oil painting kan?

Boleh lah berekperimen masa bosan tak tahu nak buat apa kalau berkelah kat tepi sungai ke, tepi air terjun ke yang ada banyak pokok.

Kalau dapat buat pada kelompok daun-daun yang berwarna-warni, akan dapat kesan gambar terhasil seperti oil painting. Tapi kalau buat kat tempat-tempat yang agak kusam warnanya akan dapat kesan gambar seperti pastel atau sketch pensil.

Cubalah. Dah cuba nanti, komenlah kat bawah ni, okay?

Nak tips pasal fotografi lagi? Follow website saya lah ya. Hehe

Zanariah Salam
Boleh jadi pelukis kadang kala bila guna telefon ini, kan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!