BAGAIMANA MAHU JALAN-JALAN KELILING RUMAH BUAT GAMBAR BEST

Tip mudah nak buat gambar di kawasan rumah. Boleh amalkan untuk tajamkan skil mata melihat.

1. Tengok pada cahaya yang ada dan warna yang menonjol. Kalau daun atau bunga, tengok ada tak warna kontra. Sama juga dengan benda lain. Fokus kepada satu matlamat. Kalau nak buat pasal warna, beri spesifik warna apa. Begitu juga kalau nak buat pasal tekstur dan sebagainya. Kalau tak fokus nanti celaru nak buat macam mana. Suka ambil embun pagi dan explore daun? Sama macam saya buat setiap pagi jika berkesempatan. Best wei tengok tekstur daun ni. Cuba korang buat juga. Cubalah.

2. Lepas tu kompo saja. Pusing kiri, kanan, ikut kesesuaian di mana cahaya supaya subjek tak bertindan dengan bayang-bayang kita. Ingat balik, gambar-gambar cantik yang dah pernah kita tengok. Tiruvasi. Paling asas, gunakan RO3 ke, leading line ke, etc.

3. Akhir sekali, post processing dalam apps editing. Boleh guna yang versi dalam telefon ataupun laptop/pc. Ikut kesesuaian dan citarasa masing-masing. Saya suka guna vsco dan lightroom mobile.

Lepas itu tengok hasilnya. Kadang apa yang ada sekeliling kita itu sudah cantik nak rakam. Tinggal nak kompo ikut indahnya ia di mata kita. Seni tu luas. Jangan pernah stress ambil gambar. Kita enjoy saja. Saya suka bereksperimen dan perhatikan alam untuk mencari gambar dan belajar dengannya.

Be happy guys.

Zanariah Salam
Suka ambil gambar dengan cara yang mudah dan menyeronokkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!