BAGAIMANA FOTOGRAFI BOLEH MEMBANTU DIRI DALAM TAK SEDAR

Belajar fotografi adalah proses yang menyeronokkan. Banyak benda dapat kita belajar dan sebenarnya ia membantu kita dalam tak sedar apabila

1. Ambil gambar tanpa henti.
Bila kita dah suka pada sesuatu genre itu, ia secara tak langsung akan membuatkan kita selalu hendak praktis dan praktis. Dan tak mustahil, akibat daripada praktis tanpa jemu itu, kita sebenarnya sudah membentuk diri menjadi seorang yang pakar dalam bidangnya jika konsisten buat selama 10,000 jam. Jadi terus buat sungguh-sungguh.

2. Tentukan capaian matlamat idea atau projek yang hendak dibuat.
Sentiasa fikir dan catatkan apa gambar yang hendak kita buat, akan secara automatik merangsang minda separuh sedar untuk bekerja buat kita.

Dan tidak pelik jika saya katakan, jika kita tulis dengan jelas apa matlamat dan impian kita setiap malam, untuk terlaksananya perkara itu lebih mudah. Malah, setiap kali ke mana-mana atas tiket trip fotografi, saya selalu berimpikan gambar-gambar yang saya ambil menang mana-mana pertandingan. Dan ia menjadi dengan baik sekali untuk beberapa pertandingan. MasyaAllah Tabarakallah, atas rezeki yang Tuhan bagi ini.

3. Melihat alam.
Rasa syukur itu akan sentiasa dekat dihati. Syukur atas segala-gala nikmat yang ada depan mata yang tak terhitung banyaknya. Tengok pada daun. Sudahlah ia beri kita oksigen percuma setiap hari, dari daun itu sendiri kita boleh belajar pasal tekstur, pattern dengan warna. Cuba ambil daun sekarang dan lihat betul-betul. Belek depan dan belakang.

Jadi, teruskanlah usaha. Masih belum terlambat untuk bermula dengan baik. Sekiranya ada yang perlukan tips dan trik bagaimana mahu tajamkan skil fotografi, boleh ikuti kami, #FotoOhsem. Guna smartphone atau kamera boleh belaka untuk mengasah mata melihat.

Zanariah Salam
Hari-hari praktis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!