BAGAIMANA DAPATKAN FOTO YANG BEST KETIKA BERCUTI

Soalan:
Macam mana nak dapatkan foto yang best masa jalan-jalan bercuti. Ada idea tak?

Jawapan:
Bergantung kembali hendak ambil foto yang bagaimana. Mahu ambil gambar landscape kah, street kah, bangunan kah, pemandangan waktu malam kah, atau gambar portrait? Semua itu ada caranya.

Mula-mula kenalah tahu, nak ambil gambar apa sebenarnya.

Dah tahu nak ambil apa, mudah untuk merancang. Selebihnya kreativiti sahaja.

Contoh foto ini. Saya guna smartphone sahaja waktu ini. Saya dah tetapkan nak ambil gambar nightscape. Jadi saya siap sedia tahu kat mana nak pacak tripod. Ambil gambar waktu malam, guna smartphone, kenalah ada tripod. Supaya gambar tak blur. Jadi lawa. Sayang nanti gambar goyang.

Lepas itu, saya kompo sebaik mungkin. Smartphone ni mudah. Dah macam mirorrless cara kerjanya. Terus boleh nampak kat screen.

Lepas itu, saya gunalah apps silky water (pada huawei) atau night mode. Kita kena tahu kelebihan yang ada pada smartphone kita. Baru mudah nak menggunakan ia sebaik mungkin. Kalau tiada built in apps, guna sahaja night mode ataupun pro mode. Kena cuba jaya dan try & error. Klik dan klik sampai kita dapat hasilnya.

Proses ini nampak remeh, tapi kalau dah dapat gambar cun yang kita pun tak sangka boleh dapat daripada smartphone kita tu, dia punya suka, isshhh.. asyik nak keluar saja buat gambar. Tak percaya? Cuba ikut kitaorang outing atau join mana-mana kelas/bengkel/workshop yang kitaorang buat. Habis kena “racun” gambar nanti. Kikiki.

Zanariah Salam
Saya berkongsi fotografi dengan gaya penulisan yang mudah dan simple. Kasi follow lah website saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!