AMBIL GAMBAR UNTUK APA

Setiap orang ada berbeza tujuan dan kenapa mahu ambil gambar? Kamera dan smartphone mungkin dari jenama yang sama, tapi penghasilan karya mungkin berbeza. Ada bermacam tujuan dan kehendak. Ada yang mahu

1. Ambil gambar untuk suka-suka. Jadi kita penuhi dengan ambil gambar yang kita suka. Setiap orang berbeza citarasa dan kreativiti.

2. Ambil gambar untuk dokumentasi. Memang sudah siap sedia dengan komposisi yang menarik sebagai pelengkap cerita.

3. Ambil gambar untuk berkongsi apa yang kita nampak cantik. Jadi persembahkan ia sebaik mungkin supaya yang melihat tenang dan selesa memandang. Kagum melihat keindahan alam semesta ciptaan Tuhan.

4. Ambil gambar untuk mengisi masa terluang. Jadi gunakan sebaik mungkin penuhi dengan genre yang kita minati supaya masa yang terisi lebih bermakna dalam hidup.

5. Ambil gambar untuk kerjaya. Berikan khidmat sebaik mungkin, kerana setiap satunya adalah ibadah yang mendapat pahala bergantung kepada niat.

6. Ambil gambar sebab suka jalan-jalan. Maka penuhi ilmu dengan do dan don’t apa yang perlu kita ambil ketika jalan-jalan.

7. Ambil gambar untuk kelegaan kepala. Cari gambar yang kita suka dan cuba tiruvasi dengan cara sendiri. Dapat apa yang diidamkan, terus lega rasanya.

8. Ambil gambar untuk tahu kemampuan diri berkreatif dengan kamera dan smartphone. Gunakan kekurangan yang ada pada gear mencipta kelebihan. Mana tahu rupanya masih power peralatan yang kita miliki.

9. Ambil gambar untuk masuk pertandingan. Pilihlah mana-mana pertandingan yang ada dan cabar diri sendiri. Tak cuba tak tahu. Dah cuba, baru tahu kelebihan melengkapi kekurangan yang ada.

10. Ambil gambar sebagai terapi. Jadikan ia terapi yang mampu mencipta kejayaan dalam diri. Sudah dapat gambar yang kita impikan, cukup buat terapi diri. Bonus lagi jika dapat circle yang sealiran dan sama-sama positif.

Jadi, kenapa ambil gambar? Terungkai apa yang ingin dicari dari sekeping gambar?

Zanariah Salam
Ambil gambar untuk semua di atas. Hehe.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!