ABOUT ME

Zanariah Salam - Malaysian Female Travel Photographer

Zanariah Salam berasal dari Johor, Malaysia. Mempunyai ijazah dalam Kejuruteraan Awam, UTM dan mula meminati fotografi sejak akhir tahun 2009. Menggunakan sepenuhnya kamera Sony, bermula dengan Sony A330, A77 dan seterusnya Nex 5N, RX 100, A6000 dan A7S.

Beliau yang mengganggap fotografi sebagai hobi pada mulanya terus serius meneroka dan setiap usaha beliau dianggap berjaya apabila pernah memenangi beberapa pertandingan fotografi di dalam dan luar negara, antaranya ialah Iskandar Malaysia IMKlik 2016 dan 2017, Kulim Retreat Photo Contest 2016, Top 50 Travel Photography Asia (TPA) 2015 dan Social Media Award TPA 2015, Top 200 Garuda Photo Contest 2014, FJM Batu Pahat, 2013.

Genre fotografi beliau lebih terarah kepada pengkhususan dalam travel, human interest, street, danĀ landscape. Sebahagian foto rakaman daripada lensa kamera beliau dipersembahkan dalam halaman ini.

Beliau juga mempunyai Diploma Kemahiran Malaysia (Fotografi) dan kini aktif memberi bimbingan fotografi kepada mereka yang baru hendak bermula. Kelas yang beliau anjurkan bersama rakan baik beliau, Ain D, bertempat di Taman Pulai Flora, Skudai, Johor, Malaysia.

Selain itu, kerjasama bersama rakan beliau juga telah berhasil dengan terbitnya dua buah buku fotografi yang bertajuk, RASE dalam Fotografi dan WoWStockFoto. Kedua-dua buku ini tidak ada dijual dimana-mana kedai buku dan dijual secara ekslusif oleh mereka berdua sahaja setakat ini. Buku-buku ini diterbitkan hasil daripada modul kelas yang diadakan selama ini. Menarik lagi, mereka yang pernah mengikuti kelas-kelas mereka berdua ini, para peserta dapat terus berkomunikasi dengan mereka dalam satu Facebook Group tertutup khas.

Beliau boleh dihubungi untuk apa jua tugasan fotografi. Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan perlesenan foto beliau dan tugasan fotografi, anda boleh hubungi beliau di zanariah.salam@gmail.com