8 CARA UNTUK GEMBIRA HARI-HARI

Gembira adalah pilihan. Ada orang gembira, suka memanjang. Ada yang resah, gelisah, monyok mukanya sentiasa. Rasa susah betul nak hadirkan rasa gembira dalam diri. Jadinya bagaimana nak gembira hari-hari? Ini ada sikit tips yang boleh digunapakai. Saya dapat daripada pembacaan dalam akhbar.

1. Senyum selalu.
Bila senyum, secara automatik otot kat muka kita akan bagi isyarat ke otak yang kita sedang tersenyum dan mulalah chemical happy akan terbentuk. Sebab itu kalau kita happy, akan rasa best saja dalam diri. Agak-agak kalau susah sangat, bayangkan peristiwa lucu ke yang boleh buat kita tersenyum sendiri. Mesti dalam diri rasa best dah. Terus hilang rasa masalah resah gelisah itu.

2. Menyanyi.
Ini biasa orang buat kan. Selalu dengar dalam bilik air, dalam kereta orang nyanyi sorang-sorang. Rasa diri feeling good bila dapat nyanyi lagu kegemaran. Terus perasaan negatif tu hilang.

3. Bergerak aktif.
Libatkan diri dalam mana-mana aktiviti yang mengerakkan anggota badan kita. Sekarang ni banyak acara larian setiap minggu. Boleh ikut yang itu atau paling kurang jogging setiap pagi.

4. Berada dalam circle positif.
Ini penting. Berkawan dengan orang negatif, kita pun jadi negatif. Jadinya cari kawan-kawan yang sentiasa berfikiran positif. InsyaAllah, kita pun akan mudah dapat aura positif dan happy daripada mereka.

5. Buat baik.
Sekecil pemberian gula-gula pada anak-kanak atau memberi laluan untuk orang lalu pun okay. Buat setiap hari apa juga perkara kebaikan. Cakap baik-baik, tolong orang dan apa-apa saja lah. Tak perlu fikir benda besar. Asalkan ia benda baik, buat saja. Kongsi ilmu macam panduan memasak pun boleh. Tips masak telur dadar gebu cara mudah, ini kalau ada sesiapa yang kongsi ni, best sungguh.

 

6. Jadi macam budak kecil.
Dulu-dulu masa kecil, kita selalu happy kan. Tak ada masalah apa pun dalam kepala. Buat saja benda yang kita nak tanpa rasa risau. Sesekali, jadilah seperti budak kecil. Buat perkara yang kita rasa best dan gembira sentiasa. Sebab itulah kalau perasan, ada orang dewasa sampai sekarang main lagi permainan yang mereka main masa kecil. Itu semua nak dapatkan rasa jadi budak balik la tu. Bagus tu. Sesekali okay.

7. Jadi kreatif.
Melukis, memasak, menulis, ambil gambar itu semua terapi kreatif tu. Sebab kita meluahkan rasa hati dalam seni. Sebab itu bila kita tengok orang hasilkan lukisan atau ambil gambar, terasa best je nak tengok. Sebab apa? Sebab dia luahkan dari hati dalam hasilkan karya. Betul tak?

8. Bersyukur.
Sekecil-kecil nikmat yang ada, beryukurlah. Dapat bangun pagi sihat sejahtera, syukur. Pergi kerja, jalan tak sesak, syukur. Lampu trafik hijau saja pun syukur. Banyak dah nikmat yang kita dapat. Oksigen percuma saja hari-hari kita dapat. Bersyukur. Banyak kalau nak cerita pasal bersyukur ni. Terima kasih banyak-banyak atas semua nikmat yang kita dapat.

Mudah kan nak hadirkan rasa gembira dalam diri. Buat salah satu dan amalkan selalu pun best dah. Cubalah. Mesti akan rasa perubahan sedikit demi sedikit.

Macam saya, suka ambil gambar. Dapat momen yang saya nak, happy sungguh dah. Kalau tak dapat pun okay. Sebab hari tu kita dah beraktiviti keluar peluh sikit dengan berjalan.

Zanariah Salam
Ambil gambar yang menyenangkan hati. Jom sama-sama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!