52 IDEA TEMA UNTUK PROJEK 52 MINGGU DALAM FOTOGRAFI

Kita sudah masuk hari ke 6 ditahun 2020?

Ada yang sudah mulakan cabaran 365 hari atau 52 minggu?

Kalau sudah, iya bagus sekali.

Buat yang tak buat lagi, masih belum terlambat. Boleh bermula pada hari ini untuk projek 52 minggu ya.

Ada bermacam tema yang boleh kita buat setiap minggu. Contoh tema untuk 52 minggu yang boleh dipilih

1. Lamps
2. Roads
3. Reading
4. Clocks
5. Street Markets
6. Black and White
7. Mountains
8. Patterns
9. Triangles
10. Squares
11. Circles
12. Landscapes
13. Hands
14. Wires
15. Long Exposure
16. Texture
17. Water
18. Opposites
19. Contrast
20. Sport
21. Food
22. Iconic
23. Fog
24. Travel
25. Funny
26. Macro
27. Cats
28. Minimalism
29. Bicycles
30. Beaches
31. Arches
32. Abstract
33. Backlighting
34. Transport
35. Wrinkles
36. Solitude
37. Rain
38. Reflections
39. Light Trails
40. Abandoned
41. Doorways
42. Flowers
43. People
44. Framing
45. Low Light
46. Weather
47. Motion
48. Bokeh
49. Shoes
50. Toys
51. Kitchen
52. Opposites

Nampak simple saja kan temanya? Yang pasti, kena konsisten dan disiplin dalam membuat gambar. Bukan sekadar snapshot dan bagai melepaskan batuk ditangga.

Pilihan tema juga sebenarnya penting supaya

1. Membantu mengasah kemahiran teknikal sedia ada dengan menggunakan pelbagai teknik fotografi.

2. Dapat menghasilkan gambar yang berbeza hanya melalui subjek yang biasa dilihat hari-hari.

3. Melatih minda untuk sentiasa berfikir kreatif selalu dan fokus.

Dan pastinya kena ingat kembali kenapa nak buat projek 52 minggu ini jika timbul perasaan malas. Kalau sekadar mahu ikut-ikutan, paksa diri untuk buat sehabis baik. Setkan bila dan berapa lama nak buat setiap minggu. Dengan buat secara konsisten, pada penghujung 2020 nanti, akan terdapat perubahan besar pada cara kalian melihat.

Ayuh, cabar diri dan buatlah sesuatu seperti ini. Sekurang-kurangnya, kalian akan merasai keindahan alam yang ada sekeliling dengan hanya melihat melalui fotografi.

Zanariah Salam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!