5 TIPS BAGAIMANA MAHU MANTAPKAN DIRI DI 2020 DENGAN SKIL FOTOGRAFI YANG BAGUS

2019 bakal berlabuh dan 2020 membuka lembaran tahun yang baru. Masih belum terlambat untuk mahir dan dapatkan skil fotografi yang bagus. Boleh dimantapkan dengan

1. Membawa kamera ke mana-mana sahaja.
Smartphone boleh sebagai permulaan untuk melatih mata. Kalau ada kamera series Sony RX100 pun best. Kecil molek kamera ini boleh bawa ke mana saja sentiasa, gitu. Tetapkan setiap hari untuk buat satu keping gambar sekurang-kurangnya. Buat projek 365 hari atau 52 minggu.

2. Kongsikan gambar yang diambil ke media sosial. Tidak lupa juga untuk muat naik ke agensi stokfoto. Sambil melatih mata, membuat tugasan projek 365 atau 52, mana tahu ada hasil pendapatan tak disangka Tuhan nak beri.

3. Susun jadual.
Setkan bila nak ambil gambar setiap hari dan nak ambil apa. Buat tema dan atur sebaiknya. Dengan gambar bertema yang telah disusun, mudah untuk kita terus fokus sebenarnya.

4. Jangan kecewa jika terlepas satu hari.
Boleh saja buat 2 gambar sebagai pengganti hari semalam. Jangan pernah rasa negatif atas perkara yang sudah berlaku. Tak bagus. Keep in positive way dan selalu pandang ke hadapan.

5. Ingat kembali kenapa ambil gambar.
Projek 365 atau 52 adalah projek yang bagus dan seronok. Setiap hari melatih mata dan membuat perkara yang dapat membuatkan kita berfikir secara kreatif. Kan bagus daripada dok sibuk membawang. Ya tak?

Zanariah Salam
Esok 2020 weh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!