3 TEKNIK BIASA DAN MUDAH TETAPI MENJADI UNTUK MENDAPATKAN GAMBAR TRAVEL YANG MENAWAN HATI

Travel atau jalan-jalan pusing-pusing dah menjadi satu trend sekarang ini. Pantang ada waktu cuti panjang, ada saja orang berjalan ke sana ke sini. Dan sememangnya dah berjalan, mesti nak ambil gambar, bukan.

Rugi kalau jalan-jalan, tapi bawa pulang gambar yang ala-ala saja. Tak menarik hati untuk dicetak. Rugi sangat.

Nah, saya titipkan 3 teknik ini yang mungkin dapat membantu menambah baik hasil gambar bila kalian pergi travel atau jalan-jalan.

1. Cari mana-mana landmark yang menjadi ikon tempat itu. Kalau ke Melaka, apa landmark nya, bangunan merah? St Paul? atau beca Melaka? Fokus dan ambil dengan hati yang tenang. Kerana bila dah tenang, gambar pun elok kejadiannya.

 

2. Lihat pada kedudukan matahari. Alangkah indahnya jika dapat merakam momen sama ada terbit atau terbenam nya sang suria. Apatah lagi jika kena dengan waktunya, dapat biasan cahaya yang menyinari alam bagaikan kepingan pizza dilangit. Seronok bila tengok warna alam ni kan.

 

3. Gunakan apa yang ada disekeliling dalam mencipta kreativiti dalam berkarya. Nampak lopak air, jangan terus elakkan tapi hampiri ia. Kompo betul-betul, tunggu subjek lalu ataupun berdiri dekat situ. Dapat saja momen best, terus klik klik klik. Haaa, kan dapat gambar best. Lepas dah ada koleksi itu, bolehlah masuk dalam contest IG ni, https://www.instagram.com/p/B3ODTfahExR/?igshid=3ihqzsj2bvk3. Mana tahu kalian bakal menang hadiah yang kami nak beri.

Amacam? Dapat kuasai 3 teknik ini, cukup sebagai permulaan. Kemudian pelbagaikan rentak dengan mengubah dasar melihat dari perspektif berbeza.

Dapat sesuatu? Dah dapat, share post ini supaya kawan-kawan yang lain pun dapat tahu serba sedikit juga. Boleh?

Zanariah Salam
Ambil gambar travel dengan gembira. Jomlah ikut saya travel next. Hehe.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!