3 CARA MUDAH KEMBALIKAN DIRI BERMOTIVASI

Dalam buat kerja harian, mesti ada saja benda tak best berlaku. Terus mood hilang. Terus rasa stress memanjang. Buat apa pun jadi tak best dan serba tak kena. Mungkin boleh cuba antara 3 cara mudah ini untuk kembalikan diri bermotivasi.

1. Lakukan apa yang kita suka.
Ini lebih kepada hobi atau apa jua yang kita suka lakukan. Dah suka tu, sesusah mana pun pasti akan kita buat, kan? Kalau suka travel dan ambil gambar, boleh ikut dengan #FotoOhsem, dapat gambar lawa penuh cerita. Balik mesti muka ceria sebab dapat gambar best-best. 

2. Beri hadiah pada diri anda.
Ini lebih kepada memberi penghargaan pada diri sendiri. Dah pulun buat sesuatu kerja tu, belanja diri sendiri dengan makan aiskrim atau minum air milo pun dah syukur nikmat, apatah lagi kalau belanja dengan beli kamera baru.

3. Buddy sistem.
Cari kawan yang boleh saling motivasi sesama sendiri. Ini penting supaya aura positif selalu hadir dalam circle kita. Kalau asyik-asyik negatif saja, aura positif dan benda baik-baik pun takut nak dekat. Tak gitu?

Kalau kalian, suka gunakan cara mana nak motivasikan diri?.

Zanariah Salam
Motivasi dengan ambil gambar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!