3 CARA MENCARI IDEA DALAM FOTOGRAFI DENGAN MUDAH

Kadang kala kita pun bingung nak ambil gambar apa. Rasa macam puas dah pusing-pusing keliling rumah. Jadinya boleh cuba 3 cara di bawah ini untukmencari idea baru.

1. Keluar rumah dan ikut jalan lain daripada laluan biasa.

Setiap hari tengok benda sama, mesti bosan kan. Begitu juga kalau ikut laluan jalan yang sama. Apa kata kalau pergi mana-mana tu, masa nak balik itu, ikut jalan lain. Mungkin lorong-lorong kecil yang lalu kawasan kampung ke. Sebab kadang-kala bila buat macam ini, kita akan nampak benda baru dan rasa eh,, cantiklah tempat ini. 

Dan tak mustahil, ada banyak ilham dan idea membuak-buak terus muncul dalam kepala. Rasa terus tak sabar nak ulang kembali dan buat gambar banyak-banyak di tempat baru jumpa. Pernah rasa begini?

2. Cuba teknik atau style ambil gambar berbeza.

Dah biasa ambil gambar makanan, apa kata ambil gambar street atau landscape pula. Lain macam dia punya keseronokkan. Sebab itu saya suka explore dengan pelbagai genre ambil gambar ikut kesesuaian diri.

Human interest, street, landscape, nature, macro, architecture, portrait, makanan. Itu semua dapat menggerakkan sel-sel kreativiti. Dari situ kita akan tahu do dan don’t pada setiap genre. Barulah best, hari-hari belajar benda baru. Nak belajar pasal human interest, boleh ikut saya ke Solo atau Blitar. Memang boleh buat terus jatuh cinta pada genre ini lah. Apa taknya, balik dari trip, dapat banyak gambar best-best siap boleh bawa masuk ke pertandingan lagi. Untung nasib menang, kan lumayan itu. Gambar kat bawah tu salah satu gambar human interest lah. Siap ada kereta kerbau lagi. Mana nak dapat sekarang. Ikutlah ke

FotoOhsem Solo 20-23 Feb 2020
http://bit.ly/FOSolo

FotoOhsem Blitar 12-15 Mac 2020
http://bit.ly/FOBlitar

3. Gunakan sepenuhnya apps yang ada dalam smartphone.

Ini pun seronok juga. Apps Silky Water kat smartphone Huawei / Honor best sangat-sangat tu. Boleh dapatkan gambar air atau awan kepul-kepul bak kapas selembut sutera. Canggih dah telefon sekarang. Kalau bukan pengguna Huawei / Honor, boleh download apps Slow Shutter Cam, Camera FV-5, di play store / apps store.

Eksperimen dengan apps itu. Memang cantik hasilnya. Contoh tutorial nak guna apps silky water pernah saya kongsikan di sini.

Macam mana, ada idea dah nak buat apa?

Zanariah Salam
Fotografi itu menyeronokkan jika tahu bagaimana.
Nak explore lebih seronok, jom ikut #FotoOhsem.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!