APA ITU STORYSELLING DALAM COPYWRITING

Manusia memang sukakan GOSIP! dan cerita.

Malah dikatakan, kita mampu mengingati sesuatu perkara itu apabila ianya disampaikan dengan cara bercerita. Tak percaya?

Cuba tengok iklan Petronas, TNB,  Maxis, Celcom dan banyak lagi terutama sekali waktu Hari Raya. Tertarik bukan?

Hingga lepas hari raya pun masih ingat lagi iklannya dan tak pernah jemu nak ulang tengok selalu kat youtube.

Terbukti, penceritaan dalam iklan sebegini lebih banyak memberi impak kepada pembaca atau penonton.

Malah, sudah ramai yang menggunakan medium storyselling ini dalam media sosial untuk menarik perhatian pembaca dan bakal prospek.

Apa itu StorySelling sebenarnya?

Ia adalah satu susunan cerita yang ditulis secara santai namun terselit perihal berkaitan produk, bisness, servis dalam kita tak sedar ketika menghayati cerita yang dibawakan. Ada emosi marah, sedih, gembira yang terselit dalam setiap cerita, dan paling menarik, cerita itu semua adakalanya berkaitan dengan kehidupan harian kita.

Kenapa pula storyselling kena buat macam itu?

Salah satu sebabnya adalah kerana, manusia memang sukakan GOSIP!. Apa yang kita tahu, pernah alami, ada kemungkinan orang lain pun pernah alami juga.

Sebab itu, lepas saja baca penulisan yang sebegini, ada saja perasaan

“Betul lah apa dia kata..”

“Ha’ah la, sama macam aku kena dulu…”

Penulisan sebegini yang menjentik emosi pembaca didapati berkesan dalam melonjakkan jualan online mahupun offline.

Cuba tengok contoh ini.

Contoh A

“Pagi ni aku geram je nak pergi tempat kerja. Kelam kabut. Dah la aku kerja dekat KL. Duduk kat Setia Alam. Tahu sajalah bila lambat nak pergi kerja. Ada je macam-macam hal berlaku, jammed jangan cakaplah. Memang sentiasa wujud.
Jadinya, aku dah siap-siap beli sarapan. Teh tarik dalam cup dan sandwich. Beli dengan makcik depan rumah. Boleh makan dalam kereta sementara menghadap jammed yang tak pernah surut kat KL ini.
Tengah makan sedap-sedap, Allah, kereta depan brake mengejut! Nasib tak berlanggar. Habis baju aku kena sos sandwich. Adoi!!! Dah la ada meeting pukul 11 pagi nanti.
Aku ambil tisu dan lap. Ada kesan dekat baju. Dengan bau ikan sardin lagi! Selongkar dalam dashboard cari Spray Power. Mujur ada.
Lepas spray dekat yang kena baju, aku lap dan hilang! Wangi terus jadinya baju aku. Terbaik betul.
Korang yang suka makan dalam kereta macam aku, elok simpan satu. Penting bila ada kecemasan macam ni.
Kalau nak beli, aku tak jual Spray Power ni. Korang whatsapp je lah kat no ni 01x-xxx xxx.”
Bandingkan dengan ini
Contoh B
“Spray Power ini bagus untuk hilangkan kesan dekat baju. Jom cuba. Whatsapp terus 01x-xxx xxx.”
Nampak tak perbezaannya. Contoh A atau B yang lebih mana korang suka dan tertarik?
Contoh A lebih dekat dengan kita sebab ia memang kebiasaannya dialami oleh ramai orang hari-hari. Manakala contoh B pula, terus mendesak orang untuk membeli tanpa ada elemen emosi dimasukkan dalam penceritaan. Inilah yang dikatakan Storyselling dalam contoh A.

Menarik juga kan? Ada lagi yang best tak pasal copywriting storyselling ini?

Tentulah ada.

1. Paling utama, korang dapat menjual barang atau servis dengan hanya berkongsi cerita. Apa-apa cerita pun boleh. Malah ada yang meletakkan cerita yang berkisar cerita lama, lagenda, dongeng dan kisah rakyat yang ramai sudah tahu macam Si Tanggang, Bawang Putih Bawang Merah, Batu Belah Batu Bertangkup, Pak Pandir, Badang, dan macam-macam lagilah dengan hanya mengubah cerita yang disampaikan hingga pembaca tertarik mahu membacanya hingga akhir.

2. Bila orang baca, ia akan kekal dalam ingatan sebab konsepnya bercerita. Secara logiknya, kita lebih mudah mengingati jalan cerita dalam sesuatu filem, drama kan. Begitulah juga dengan teknik copywriting storyselling ini. Kesan cerita yang disampaikan begitu sinonim dengan kehidupan yang dialami.

3. Ia dapat memberi kesan pada brand awareness. Tengok sahaja contoh iklan yang saya nyatakan di atas. Tanpa hard sell, mereka menyampaikan iklan secara bercerita dalam televisyen. Apabila orang sudah mula kenal dengan brand yang kita war-warkan selalu, orang akan ada rasa nak beli sentiasa (bagi produk). Tengok iklan McD, KFC. Terus rasa nak membeli ayam goreng lah, burger lah. Dan kerapnya mereka membuat storyselling yang menarik dan menambat hati, nilai kepercayaan pun meningkat naik.

4. Dan dikatakan, setiap storyselling yang terbaik adalah yang menpunyai unsur plot twist. Ia macam, diawal cerita, pembaca membayangkan pengakhiran cerita seperti X, tetapi ia adalah Y sebenarnya. Pembaca rasa suspen dan terus ingin membaca hingga habis. Lebih-lebih lagi, storyselling yang penuh dengan emosi. Sentap menusuk ke kalbu pembaca terus.

Aduh, banyak lagi info menarik berkaitan storyselling ini kalau nak cerita.

Lebih-lebih lagi bila ada 176 Template Copywriting The Story Selling yang telah tersedia untuk digunakan. Hanya perlu copy-paste, isi tempat kosong, edit sikit dan wow, siap sudah copywriting tu. Kemudian, kongsikan di wall facebook, blog, WhatsApp atau mana-mana media sosial yang ada. Klik terus pada 176 Template Copywriting The Story Selling dan masukkan kod diskaun DYAZARA01 untuk menikmati penjimatan hingga 50%. Woih, mana nak dapat macam ini selalu. Tawaran terhad untuk mereka yang bertuah pada hari ini, Sabtu 20 Julai 2019. Terus klik saja lah. Berbaloi-baloi.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!