JOM SIHAT DAN AMBIL GAMBAR MENARIK DI MILO BREAKFAST DAY

Tahun 2019 merupakan tahun kedua saya ikut sama dalam Milo Breakfast Day di Johor. Tahun lepas, 2018 di Pasir Gudang. Kali ini di Batu Pahat pula.

Tak ikut sama dalam larian pun, cuma tengok dan bawa anak-anak saudara makan sarapan percuma yang pihak Milo sediakan sambil keluarkan peluh dalam pelbagai acara yang ada. Antaranya arked bola keranjang, buih gergasi, cabaran bola snook, hula-hoop, melompat dan dunk, dan banyak lagilah aktiviti kat sini.

Selain itu, ada banyak jugalah tempat-tempat yang boleh korang bergambar kenangan. Apa lagi, pose ala-ala instafamous la yea. Hehe.

Yang best, lepas korang pose macam ini dengan kawan-kawan atau ahli keluarga, segeralah upload kat Instagram dengan hastag #MBD2019 #AktifNegaraku dan tag Milo Malaysia. Kemudian, tunjukkan post kat Instagram tu pada wakil Milo di booth Vip & Media. Boleh dapat hadiah misteri yang mereka sediakan. Best kan? Cubalah.

Dalam setiap aktiviti yang mereka jalankan, ada antaranya akan diberikan hadiah berupa barangan Nestle jika kita berjaya selesaikannya. Okaylah, buat kanak-kanak, ia memang memberi dorongan yang sangat baik.

Lagipun, aktiviti macam ini, membantu dalam mengeratkan hubungan ibu bapa dan anak-anak dan mengaktifkan segala deria mereka dalam aktif bersukan. Jadi tidaklah sepanjang masa kanak-kanak dengan gajet sahaja.

Cuaca pun sangat baik. Ambil gambar pun best sangat. Pantang nampak cuaca cantik dengan pelbagai gelagat menarik kat sini. Saya siap sedia dengan kamera selalu pastinya.

Saya kongsikan tips bagaimana ambil gambar menarik masa acara sebegini. Korang boleh cuba untuk acara Milo Breakfast Day di tempat korang pula sama ada tahun ini atau tahun depan.

1. Main dengan bayang-bayang
Datang awal pagi. Masa ini light sangat cantik. Siap boleh dapat pakej bayang-bayang yang panjang. Lawa sangat. Masa inilah boleh nampak dan buat gaya yang kreatif untuk dapatkan bentuk bayang-bayang yang menarik. Kena peka saja kata kuncinya.

 

 

2. Cipta kesan pergerakan yang cantik
Kemudian, cuba berdiri berdekatan dengan tempat mula larian. Guna slow shutter dengan setting Aperture f/11, shutterspeed 1/6s dan ISO 100. Pegang kamera dengan kemas dan fokus pada subjek. Klik dan lihat hasilnya. Ada sikit impak yang agak menarik di situ. Ini kena cuba jaya mengikut keselesaan dan tangan korang masa memegang kamera tu. Semakin rendah shutterspeed, keberangkalian gambar akan jadi blur secara keseluruhan itu pasti. Jadi, sama ada korang gunakan monopod ataupun korang naikkan lagi shutterspeed berkadaran dengan kesan pergerakkan orang berlari dibelakang. Ini kena sesuaikan juga dengan aperture dan juga ISO. Sebaikkannya korang fahami dulu asas exposure ini untuk lebih mendalami apa yang saya katakan.

Ataupun boleh juga bermain dengan pergerakan yang sebegini. Kena cari spot yang betul-betul berada ditempat yang tidak terlalu serabut dan cipta gambar kreatif korang itu.

 

3. Guna landmark sebagai salah satu prop dalam gambar
Cari mana-mana landmark berdekatan yang ada. Macam kat Dataran Penggaram Batu Pahat ini, tugu tangan menukul batu ini saya jadikan salah satu POI (Point Of Interest). Suruh anak saudara berdiri dan beraksi macam ini. Gambar jadi lebih simple dan sedap mata memandang. Saya sebolehnya tak mahu ada gangguan sangat pada gambar yang saya hasilkan. Cukup ianya mudah dan selesa mata melihat. Yang penting, ada beg Milo itu sebagai bukti, gitu.

 

 

4. Warna kontra
Lepas selesai minum Milo, pegang cawan dan tunjukkan ke langit yang sedang membiru tu. Warna hijau cawan dengan biru langit memang kontra sangat. Cantik hasilnya.

Boleh juga cuba dengan apa sahaja yang korang nampak masa dalam program macam ini.

 

5. Ambil aksi kanak-kanak bermain aktiviti
Saya banyak gunakan low angle dan high angle. Gambar lebih simple dan terus dapat apa yang saya nak tanpa serabut dengan pelbagai unwanted subject dalam frame saya. Lagipun langit tengah membiru, jadi gunakan kelebihan itu dalam mencipta gambar kenangan yang menarik.

Ini contoh gambar dari low angle.

 

Dan ini pula dari high angle. Saya bermain dengan bayang-bayang dan slow shutter dalam mencipta gambar begini.

 

Macam mana? Okay tak?

Ada banyak lagi sebenarnya yang korang boleh cuba jaya dalam menghasilkan gambar yang menarik. Kena kreatif dan selalu peka pada persekitaran. Gunakan asas komposisi macam leading line, perspektif, warna kontra dan banyak lagilah.

Memang kena banyak kali praktis dan asah mata untuk melihat dan hasilkan gambar. Saya pun kadang kala keliru juga nak ambil gambar macam mana. Bertenang dan kemudian pandang sekeliling. Lepas itu ada lah ilham datang. Yang penting jangan gelabah dan kelam kabut. Rilek, rilek sudah. Dan paling utama, Be Happy. Happy dapat minum Milo percuma, happy tengok cuaca cerah dan cantik, happy tengok semua orang gembira bermain dan bersukan pada hari itu. Gitu. Hehe.

Selepas Putrajaya, Penang dan Johor, acara Milo Breakfast Day 2019 berikutnya akan di adakan di

Pahang : Kuantan pada 21 July 2019 (Ahad) di PADANG MPK 1, KUANTAN
Kelantan : Kota Bahru pada 27 July 2019 (Sabtu) di USM, KUBANG KERIAN, KOTA BHARU
Sabah : Kinabalu pada 4 August 2019 (Ahad) di PADANG MERDEKA, KOTA KINABALU
Sarawak : Kuching pada 25 August 2019 (Ahad) di SARAWAK STADIUM CELEBRATION SQUARE

Atau korang boleh layari https://www.milo.com.my/mbd2019 untuk lebih info berkaitan.

Selamat bersukan dan bersarapan dengan makanan yang sihat Di Malaysia Breakfast Day bersama Milo.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!