SEKARANG ANDA BOLEH BERJAYA DENGAN JADI GHOSTWRITER

Ramai orang boleh menulis. Malah kita diajar menulis sejak di sekolah rendah lagi. Bermula dengan karangan pendek.

Ada pendahuluan, isi dan penutup atau kesimpulan.

Dulu-dulu, saya kagum betul dengan rakan-rakan yang bagusnya membuat karangan. Ada berbunga-bunga perkataan yang digunakan. Selalu dapat A bila buat karangan. Macam manalah untuk mudah sangat mereka itu mencipta ayat. Jeles betul.

Mungkin sebab masa itu, saya lebih kepada orang yang straight to the point. Matematik jadi keutamaan. Memang A sentiasa dalam report card. Pada saya matematik tu mudah. Tak ada simpang siur. Fahamkan konsep dia, jawapan memang boleh dapat terus.

Tapi bila bab menulis, weh, berpinar mata sebenarnya nak cari idea. Kena banyak baca buku dan rajin-rajinlah berimaginasi.

Sekarang? Bila ada blog sendiri macam ini, nah, ambil seberapa banyak posting kau boleh buat sendiri. Melatih menulis pun ya jugak kan. Haha. Manusia boleh berubah kan. Tak kan nak statik satu situasi saja. Sesekali mencuba benda baru, keluar dari zon selesa, nah, baru kau tahu erti manisnya kehidupan.

Bercakap pasal menulis ini, sebenarnya bila sudah mula bergaul, berkenalan dengan mereka yang memang dalam bidang ini, banyak ruang dan peluang kerjaya sebenarnya. Dan yang paling penting, ia sesuatu yang masih baru di Malaysia. Padang masih hijau orang kata. Tak ramai yang tahu.

Dan sebab itulah, ini saya nak beritahu. Antara salah satu peluang yang ada ialah dengan menjadi Ghostwriter. Ghost? Hantu? Penulis hantu?

Pernah atau tak pernah dengar?

Kalau sudah pernah dengar, baguslah. Korang memang sah rajin membaca. Hehe.

Kalau belum pernah dengar, saya ceritakan ya.

Ghostwriter ini atau penulis upahan adalah mereka yang diupah oleh seseorang untuk menulis bagi pihak orang lain dan dibayar dengan sejumlah wang mengikut servis yang dijalankan.

Mereka ini menulis bukan atas tiket nama. Sebaliknya nama client yang dinyatakan.

Tak apa ke nama tak ada? Tak apa. Dah namanya “hantu”. Okay saja. Jika ada istilah Jutawan Senyap, kenapa bukan Penulis Senyap. Betul tak.

Ermm, pasal bayaran macam mana pula?

Bayaran dibayar mengikut servis yang diberikan dan diukur dari segi kesukaran penulisan, komitmen masa, dan juga jumlah perkataan yang client perlukan.

Sebab itu, jangan terkejut kalau saya katakan, ada ghostwriter dibayar hingga ke 5 angka bagi satu job menulis.

5 angka beb untuk satu job. Bayangkan kalau sebulan dapat 2 job. Kau kira saja. Hehe.

Lebih menarik lagi, tugas ini boleh dilakukan di mana-mana sahaja yang korang rasa selesa nak buat kerja. Nak ke co-working space boleh, nak buat di rumah pun boleh. Kalau ada area Bangi, boleh lah ke D.N.A Workspace. Baca review yang saya buat di sini. Fasiliti lengkap, selesa dan menyenangkan.

Menarik lah. Ceritalah lagi. Hehe

Okay, saya sambung.

Antara tugas yang ghostwriter buat ialah menulis rencana untuk mana-mana website atau blog, buku untuk tokoh atau personaliti, tukar audio kepada teks penulisan, SOP syarikat, terjemahan dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu atau sebaliknya, menulis skrip dan lain-lain lagilah. Banyak cabang kalau nak terangkan satu-satu. Asalkan ada kaitan dengan menulis, itu semua boleh. Kecuali dalam penyediaan tesis dan seumpamanya, itu etika ghostwriter yang perlu diambil tahu. Tengok saja senarai harga kat atas dan kembangkan ia lagi dan lagi. Banyak sebenarnya peluang dan ruang.

Best kan. Dari menulis pun boleh buat duit. Dari suka ke kerjaya. Dari minat menjadi hala tuju.

Boleh terus menuntut ilmu mahal jadi ghostwriter ini di sini. 2 hari kelas online mereka sediakan. Ada nota dan panduan disediakan. Korang tanyalah banyak-banyak apa jua persoalan yang bermain diminda. Mana tahu, ini bakal jadi kerjaya senyap baru buat korang kan.

“I turn sentences around. That’s my life. I write a sentence and then I turn it around. Then I look at it and turn it around again…”
― Philip Roth, Ghostwriter

 

Saya pun ada juga ambil job ghostwriter ni. Mahukan servis? Hubungi terus di zanariah.salam@gmail.com yea.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!