PERLUKAN CO WORKING SPACE DI BANGI?

Anda perlukan ruang untuk siapkan kerja mahupun ruangan untuk perbincangan?

Kalau ada cukup fasiliti, ada tempat untuk makan (macam untuk take 5 break), ruangan selesa, interior dalamannya yang sedap mata memandang, saya boleh katakan DNA Workspace adalah tempatnya.

Terletak di Bangi, ia sememangnya ruangan co working space yang sesuai sangat sangat buat pelajar, usahawan mahupun digital nomad yang perlukan ruangan untuk menyiapkan kerja-kerja digital korang itu.

Pintu masuk ke DNA Workspace

Masa pertama kali saja masuk ke sini, saya dah rasa Wow. Lawa betul interior dalamannya. Teratur susunannya. Menyenangkan. Wifi jangan cakaplah, laju. Best. Memang sesuai sangat dengan tema yang dibawakan oleh DNA ini, Discuss. Network. be Awesome. Sambil buat kerja, boleh ber’networking’ dengan kawan-kawan lain yang turut sama menyewa di sini. Masing-masing dengan tujuan yang sama. Nak siapkan kerja dalam ruangan yang tenang, cukup dengan kemudahan dan paling penting selesa tanpa ada hiruk pikuk seperti di kafe. Boleh sangatlah lah tu nak siapkan website ke, buat content marketing ke. Wifi laju beb. Memang berdesup lah.

Ruangan kubikel yang menghadap Taman Tasik Cempaka. Anda fikir ada masa untuk stress?

Bila dah bekerja depan laptop saban waktu tentu letih kan. Tapi apabila bekerja dalam ruangan seperti ini, apatah lagi bila melihat pemandangan luar yang menghadap Taman Tasik Cempaka yang menghijau, ia mengurangkan rasa tekanan. Bertambah-tambah idea datang mencanak-canak pula.

Ia cukup lengkap dengan pelbagai pilihan yang serba serbi macam ruangan pejabat sendiri lah gayanya. Antaranya

  1. Satu bilik meeting yang boleh memuatkan sampai 5 ke 6 orang dalam 1-1 masa. Selesa untuk ruangan berbincang dan bermesyurat. Malah nak buat untuk kelas persendirian yang bersifat seperti personal coaching pun boleh sangat kat sini.
  2. Ada satu bilik yang boleh menempatkan hingga 4 orang dalam satu masa. Ia sesuai untuk mereka yang memerlukan ruangan sedikit privasi.
  3. Kubikel yang lengkap dengan plug point dan meja kerusi yang selesa seperti di pejabat.
  4. Lengkap dengan pantry dan korang bebas untuk makan dan buat air bila perlu. Ada kopi arissto lagi. Kopi yang tengah trending sekarang tu. Peh, mesti masa menghirup tu dah macam ala-ala kopi stabak.
  5. Malah, ruangannya juga amat selesa untuk dijadikan seminar buat stokis atau agen. Nak bagi ceramah atau nak buat kelas pun molek sangat-sangat lah. Boleh duduk atas kerusi atau santai-santai atas bean bag.
  6. Ada fasiliti untuk printing dan scanning. Ruangan untuk solat juga disediakan. Cukup lengkap lah. Datang saja ke sini bawa diri je. Hehe.

 

Bilik meeting yang boleh menempatkan dalam 5 ke 6 orang dalam 1-1 masa.

Malah, jika sudah penat duduk dan jari jemari naik kematu akibat asyik menari-nari di atas keyboard, korang boleh keluar sekejap cuci mata di pasaraya berdekatan seperti PKNS dan Evo Mall mahupun butik-butik pakaian di sini. Pasal barang-barang, jangan risau. Boleh ditinggalkan sementara di DNA kerana akan ada staff yang akan mengawasi ruangan. CCTV pun ada. Locker pun ada di sini. Memang first class lah fasiliti yang mereka sediakan.

Inilah antara ruangan bilik kubikel yang setiap satu dilengkapi dengan plug point.
Inilah antara ruangan bilik kubikel yang setiap satu dilengkapi dengan plug point.

Kemudahan sekeliling yang ada di sekitar workspace ini, memang benar-benar membantu buat para digital nomad sekalian. Malah untuk sesiapa sahaja yang perlukan sedikit ruang untuk menyiapkan tugasan tanpa perlu ke kafe. Di sini ia lebih mendamaikan. Fasiliti lengkap, selesa dan menyenangkan.

Ruangan pantry. Makan dan minum di sini tanpa segan segan.
Nak minum kopi sambil menikmati interior yang cantik?

Tentang sewa dan bayaran, ia ditetapkan berdasarkan membership bulanan mahupun per jam mengikut kehendak korang. Ada banyak pilihan berdasarkan kubikel yang korang pilih seperti berikut:

Membership Monthly Packages :

The Efficient (Isnin – Sabtu dari jam 8 pagi – 7 malam)

Glass Box

Normal Rate : RM370

Promo Rate : RM340

 

Residents

Normal Rate : RM310

Promo Rate : RM280

 

Nomads

Normal Rate : RM230

Promo Rate : RM200

 

The Accomplisher (Isnin – Sabtu dari jam 8 pagi – 11 malam)

Glass Box

Normal Rate : RM420

Promo Rate : RM390

 

Residents

Normal Rate : RM360

Promo Rate : RM330

 

Nomads

Normal Rate : RM280

Promo Rate : RM250

Hubungi terus mereka untuk lebih negosasi dan jika perlukan ruangan mengikut jam. Bisa diatur lah. Hehe.

DNA Workspace terletak di tingkat 2 di atas Kedai Beads n Blings

DNA Workspace

Alamat : 8-23-03 (2nd Floor), Jalan Medan Pusat Bandar 7A Bangi Sentral Bandar Baru Bangi, 43650 Kajang, Selangor.

Waktu : Isnin – Sabtu (Ahad tutup). Dari jam 8 pagi – 7 malam. Untuk mereka yang menjadi membership, korang boleh berada di sini hingga jam 11 malam. Hari Ahad hanya dibuka jika ada permintaan untuk event tertutup.

Waze : DNA Workspace

Landmark : Berhampiran dengan PKNS Mall, Evo Mall dan Taman Tasik Cempaka

Facebook: DNA Workspace

Hubungi : +60 12-201 6541 atau +60 12-228 4468

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!