BAGAIMANA LIHAT KEINDAHAN STRUKTUR BANGUNAN DALAM FOTOGRAFI

Kalau jalan-jalan, lihatlah setiap bangunan yang ada dan cari keindahannya.

Serius. Ada perinciannya yang sangat sangat cantik.

Bagaimana hendak tahu?

Gunakan 5 tips yang saya kongsikan dalam NST, Bots | click! pada 22 April 2019.

Saya ceritakan secara mudah beserta gambar yang diambil dengan smartphone semasa sesi #FotoOhsem Melaka pada bulan Mac 2019 lepas.

Jom saya ceritakan.

1. Lihat pada perinciannya
Tengok pada setiap bentuk, patterns, line dalam setiap perincian bangunan. Ambil gambar dari sudut yang paling cantik untuk memperlihatkan keindahannya.

 

2. Posisikan diri semasa ambil gambar
Jangan stick pada satu sudut ambil gambar sahaja. Pelbagaikan dengan melihat setiap apa yang ada di sekeliling bangunan itu dalam mencipta gambar yang menarik. Jika bernasib baik, anda akan dapat lihat keindahan bangunan yang hanya dapat dilihat jika kita mencangkung dan mendongak sedikit ke atas.

 

3. Masa
Plan waktu untuk ambil gambar. Ini penting supaya anda bukan sahaja klik klik gambar, tetapi mencipta gambar bangunan yang mempunyai karakter nya tang tersendiri. Ada sesetengah bangunan sebenarnya akan nampak lebih lawa dan menarik di waktu senja, awal pagi mahupun malam. Peka akan kedudukan matahari dan dimana jatuhnya cahaya. Untuk ambil gambar waktu malam, sentiasa gunakan tripod bagi mengelakkan gambar jadi blur dan set kamera smartphone anda kepada night mode supaya dapat hasil yang lebih menarik.

4. Reflection
Ambil kira sungai yang ada disesetengah bandar dalam membuat gambar. Ia akan menjadikan gambar bangunan yang kita ambil lebih ummph dengan adanya sedikit banyangan yang terhasil.

 

5. Ambil gambar interior
Jangan lupakan interior bangunan seperti dinding, lantai dan juga siling. Ia ada senibina yang sangat lawa dan jika kena dengan cara yang anda ambil ia mampu memberi karya yag menarik.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!