3 TIPS AMBIL GAMBAR CANTIK SEMASA TRAVEL DI JALANAN

Seringkali kalau kita travel atau jalan-jalan, mesti smartphone atau kamera tak lekang dari tangan bukan. Banyak benda best nak ambil gambar atau buat video. Rugi tau, dah belanja sekian duit untuk kos travel, tapi balik, hasilnya tak dapat gambar yang best best.

Kat sini, saya kongsikan sikit macam mana nak dapatkan gambar yang menarik semasa kita travel dan berada di jalanan.

Yup, tips ini sesuai juga diamalkan kalau kalian menggunakan smartphone.

Ada banyak idea boleh buat. Yang pasti kena sabar banyak. Sebab kat street ini banyak momen yang boleh kita rakamkan. Antara peka atau tak sahaja.

1.   Tetapkan dengan satu tema

Boleh bermula dengan tetapkan satu tema sahaja dahulu. Kenapa? Sebab ia boleh melatih mata untuk terus fokus melihat.

Terlebih dahulu kenal pasti nak shot apa dan tema apa yang bersesuaian dengan tempat yang kita nak pergi tu. Kalau kat situ ada banyak burung merpati sebagai contoh, boleh gunakan elemen burung sebagai tema kita. Saya buat gambar ini di kawasan sekitar Pasar Karat, JB sahaja. Konon-kononnya ala-ala travel dalam daerah sendiri gitu. Sambil-sambil itu, segarkan mata dengan tengok momen menarik di jalanan.

Cantik betul burung ini bertenggek atas wayar. Komposisi dengan “leading line”.

Lepas tu, carilah momen dan tunggu saatnya. Yang pasti kamera atau smartphone kat tangan sudah siap-siap setting.

Nampak mudah, tapi ia perlukan latihan dan kecekapan berfikir untuk hasilkan gambar yang macam mana. Tak cuba buat, kita tak tahu feel dia best ke tak best. Dah cuba, memang rasa nak jalan-jalan berada di street hari-hari. Tak percaya, cuba lah dulu.

Contoh gambar ini. Saya buat simple sahaja. Kompo siap-siap, set kepada burst mode dan tunggu momen best berlaku. Jika tak dapat kali ini, tak apa, kita cuba lagi. Setiap hari adalah proses pembelajaran yang berterusan.

Masih lagi dengan tema burung. Dinding bangunan membentuk pattern dan framing yang cantik.

2.   Jaga Komposisi

Seperti biasa, komposisi pun kena jaga juga. Dah set kan dalam kepala nak buat apa. Nak gunakan elemen framing kah, rules of third kah, leading line kah? Ini semua antara asas dalam membentuk komposisi yang menarik dan sedap mata memandang. Untuk gambar burung ini, saya dah setkan kepada elemen pattern dan framing yang ada di persekitaran burung-burung ini bertenggek. Sebenarnya ia adalah dinding bangunan saja pun. Tapi saya dah nampak lawanya la hai. Itu yang terus berdiri, fokus cari kompo best dan tunggu momen datang.

Tapi kadang kala blur juga. Tak apa. Kita jalan terus dan explore apa yang ada di street untuk buat gambar. Yang pasti kenalah fokus.

Kenapa kena fokus ya?

Sebab dengan fokus lah kita boleh target gambar macam mana kita boleh buat kat street.

Kadang tu kompo dah best, tapi momen tak de. So kena tunggu dan berdoalah.

3.   Banyak bersabar

Ha, ini memang sangat sangat penting. Kalaupun tak dapat momen best, sekurang-kurangnya hari tu kita dah belajar bersabar. Sabar menunggu. Dan paling penting, dapat keluarkan peluh. Buang lemak-lemak tepu dalam badan dengan berjalan kat street ketika travel.

Macam Vineet Vohra cakap

When do streets don’t focus all your attention & endurance on people, look for elements and forms that might co-relate with each other, follow your heart in your approach. Don’t take yourself and your street photography with added pressure.

Macam itulah dia cakap. Jangan stress ambil gambar street. Kita enjoy saja. Sebab apa? Sebab kita nak dapatkan persekitaran dan aura yang gembira sentiasa. Mudahan ia juga memberi pulangan dalam momen gambar best yang kita inginkan nanti. Semudah “what you give, you get back”. Walaupun dengan senyuman dan kegembiraan yang kita hadirkan dalam diri ketika ambil gambar, ia sebenarnya sudah cukup untuk mencipta kebahagiaan yang sangat sangat menakjubkan.

Anda enjoy dan happy? Kalau tak, apa kata baca sejenak perkongsian yang ada di sini untuk lebih faham dan datangkan rasa seronoknya fotografi ini. Semudah gunakan apa yang ada ditangan untuk mencipta kreativiti dalam berkarya. Dapat gambar cantik, post kat Instagram untuk kawan-kawan kita tengok hasil kerja tangan kita snap snap snap. Pembelajaran tanpa henti pastinya berjaya. Malah lebih dari itu, boleh juga cuba online kan gambar yang diambil itu untuk pasaran antarabangsa di sini. Untung-untung dapat hasil dengan USD. Berbaloi-baloi orang kata. Hehe. Cubalah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!