5 TIPS AMBIL GAMBAR DAUN DENGAN CANTIK

Banyak benda boleh belajar daripada alam. Daun sebagai contoh.

Nak belajar ambil gambar pun boleh dengan tengok daun. Apa elemen yang ada dan bagaimana nak terjemahkan cantiknya ia? Kita baca dalam artikel yang saya tulis dalam NST pada hari Isnin 4 Mac 2019. Cari di bahagian Bots | Click!.

Secara ringkas, ia boleh dilihat dengan

1. Titisan embun pada daun
Setiap pagi cuba lihat pada titisan embun yang ada pada tepi daun. Anda akan lihat ada banyak bentuk bulat mengelilingi. Posisikan diri dengan sebaiknya dan ambillah gambar embun tersebut dengan masukkan sekali elemen reflection yang hadir dalam embun tersebut. Pastinya akan dapat gambar yang menarik di situ. Oh, pastikan, ada gunakan lens macro yang khas untuk smartphone untuk paparan yang lebih jelas lagi.

2. Tektur daun itu sendiri
Tektur daun adalah unik. Cuba perhatikan dengan teliti dan ambil gambarnya. Jujuran yang terbentuk lebih-lebih lagi dengan pancaran cahaya matahari, akan memperlihatkan keunikannya yang tersendiri.

3. FokusĀ 
Fokus hanya pada daun dan biarkan subjek dibelakang blur. Ini akan menjadikan daun anda lebih stand up lebih-lebih lagi jika diambil dengan cahaya semulajadi yang ada dan memerlihatkan kesan rim-light pada daunnya.

 

4. Patterns
Bentuk daun yang berulang itu sendiri sebenarnya sangatlah cantik. Cuba ambil dari pelbagai sudut dan lihat hasilnya.

5. Shadow
Letakkan tangan dibelakang daun dan ambil gambar. Ada dapat sesuatu?

 

Semoga anda dapat sesuatu dengan perkongsian saya kali ini. Hingga kita jumpa lagi untuk pengisian dalam fotografi smartphone yang akan datang.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!