Semudah dengan ambil daun, belek dan lihat. (PEKA)

Tengok dengan lebih dekat lagi urat daun. (HAMPIRI)

Halakan daun ke arah sumber cahaya dan tunggu hingga cahaya cukup menerangi keseluruhan daun untuk lebih jelas lagi tekstur detail urat daun itu. (TUNGGU)

Boleh juga bermain dengan sedikit light & shadow untuk lebih kesan dramatik gambar daun. (HASIL)

Mudah tak?

Lebih mudah jika kita tahu apa yang ingin dirakamkan dan sentiasa peka dan sabar dalam menunggu momen yang menarik.

Ini contoh saja, boleh aplikasi untuk momen atau gambar lain bergantung kepada situasi. Yang penting, tahu apa yang ingin dirakamkan.

Saya pun bermula sebegini sebelum mencuba pelbagai komposisi dan corak gambar yang lebih penceritaannya. Akan saya ceritakan nanti.