Gambar cantik dengan latar belakang dinding? Bolehkah?

Boleh dengan 5 tips mudah ini.

1. Cari dinding yang berwarna. 
Posisikan subjek dalam R03 dan suruh dia berdiri ala-ala model.

2. “Frame” subjek dalam “frame”
Jadikan pintu sebagai frame dan letakkan subjek di hadapan pintu.

3. Bermain dengan “shadow”
Bereksperimen dengan bayang-bayang pagi. Cari mana-mana dinding yang boleh nampak bayang-bayang dan letakkan subjek. 

4. Cipta emosi
Suruh subjek membuat aksi ceria di hadapan dinding yang berwarna-warni. Suruh lompat pun tak apa. 

5. Guna props lain
Ambil basikal sebagai contoh bagi menambah seri dinding yang kosong dalam gambar.

Antara tips mudah yang saya kongsikan dalam NST, BOTS click! 28 Januari 2019. Cari di muka surat 48 okay. Kasi serbu kedai beli surat khabar tau.

Nak lagi tips sebegini?