KELEBIHAN BASIKAL PUSH BIKE YANG IBU BAPA PERLU TAHU

Sabtu lepas, 5 Jan 2019, ada tengok dan ambil gambar untuk event basikal tanpa pedal ini kat Educity Indoor Stadium, Nusajaya, Johor. Tak pernah dengar pun sebelum ini. Maklumlah, zaman saya membesar dulu guna basikal yang ada pedal. Kan. Betul tak, sama kan.

Penuh gaya kanak-kanak ini masuk ke stadium dengan basikal masing-masing ketika hendak memasuki Stadium Educity

Jadinya, sempatlah riki sekejap info pasal basikal tanpa pedal ini sebelum ambil gambar event. Wah, menarik betul info yang dapat.

Basikal tanpa pedal ini dikenali juga sebagai balance bike atau pushbike. Namun ia bukanlah basikal lajak tau. Jadinya, ia semata-mata ada badan basikal, tayar dan handle sahaja. Seringkas penciptaan untuk mempercepatkan proses pembelajaran kanak-kanak untuk mahir berbasikal dengan belajar mengimbang sahaja. Tunggang dan terus gerakkan guna kaki. Memang ringkas dan mudah nak pasang. Tak ada rantai bagai, jadi memang tak perlu risau untuk kaki anak tersangkut ketika berbasikal!.

Basikal ini

  1. Ringan
    Berat hanya lebih kurang 2kg sahaja. Budak-budak boleh angkat dan bawa sendiri. Dan sekaligus mereka tidak akan mudah rasa letih. Memang ringan betul.
Gaya seorang juara masuk ke gelanggang trek perlumbaan.
  1. Mudah digunakan
    Hanya perlu gerakkan basikal dengan kaki sahaja. Menjadikan kanak-kanak lebih fokus untuk mengimbangi basikal berbanding basikal biasa yang perlu imbang dan kayuh. Jadi, mereka bebas untuk berhenti, membelok dan memusing dengan lebih mudah. Seronok kan. Malah tak perlu lagi basikal roda tiga lagi buat mereka. Fokus bertambah mudah kerana tidak perlu mengayuh.
Tengok gaya mereka masa di awal perlumbaan.
  1. Boleh digunakan seawal usia 18 bulan
    Salah satu cara nak elakkan mereka mengadap gadjet di usia muda. Comel tengok anak-anak kecil ni bawa basikal dengan gaya masing-masing. Leka tengok diaorang menolak basikal dengan kaki. Bersungguh-sungguh betul. Semangat mereka ni.
Menang atau kalah, masing-masing dapat medal. Seronok adik ni dok belek medal dia. 2 tahun dah ada medal wei.
  1. Selamat
    Ia mempunyai tempat duduk yang direkabentuk lebih rendah berbanding basikal biasa. Sekaligus membolehkan kaki kanak-kanak menyentuh tanah sesuai dengan usia mereka. Boleh dikatakan basikal yang boleh dilaraskan juga lah. Mudah untuk disesuaikan dengan ketinggian dan umur anak-anak. Memang seringkas penciptaan untuk manfaat anak-anak lah.
  1. Ikatan kekeluargaan dan usahasama bersama
    Ini memang tak boleh dinafikan lagi. Dapat dilihat begitu akrab sekali anak-anak bergaul dengan kanak-kanak yang lain, dan ini sekaligus dapat memupuk sifat kesukanan dan seterusnya melatih skil komunikasi sesama mereka.

    Kanak-kanak tetap kanak-kanak. Mereka main-main kat belakang trek sambil tunggu giliran.

    Malah, hubungan anak dengan ibu bapa juga bertambah erat, kerana kesungguhan ibu bapa memberikan sepenuhnya perhatian dan penjagaan yang menyeluruh buat sang “jaguh di gelanggang”.

    Hubungan dengan mak ayah lebih rapat macam ni. Mak ayah dan keluarga beri sokongan padu yang amat. Best sungguh tengok.

    Buat ibu bapa yang ada anak-anak kecil dan suka bersukan, saya amat sarankan untuk anda cuba aktiviti ini dan masuk acara yang dianjurkan oleh Malaysia Runbike Championship Series seperti ini.

    Malah, apa kata, di 2019 ini, hadiahkan basikal comel ini buat anak-anak untuk mereka lebih cerdas dan aktif. Mana tahu, anak kalian bakal salah seorang jaguh sukan Malaysia kelak. Hubungi terus Hotaru ya.

    Boleh hubungi Hotaru untuk dapatkan basikal tanpa pedal dan kelengkapan peralatan.

    Laman FACEBOOK : https://www.facebook.com/hotarubike/

    Laman WEB : https://hotaru.my/

     

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!