4 PANDUAN UNTUK MANTAPKAN SKIL AMBIL GAMBAR

Boleh dikatakan ramai peminat fotografi di luar sana. Sejak berkembangnya teknologi telefon pintar yang semakin canggih keupayaan kameranya dengan pelbagai apps, bertambah ramai orang suka ambil gambar.

Snap snap dan snap. Ia bagus sebab boleh meredakan tekanan. Tengok gambar diambil cantik, hati berbunga-bunga.

Namun, snap snap snap sahaja tanpa ada tujuan khusus akan membuat kita cepat bosan. Nak tahu lebih, macam mana nak mantapkan lagi skil ambil gambar supaya lagi best hasilnya?. Apa kata, terus baca 4 panduan ini.

1. Manfaatkan sepenuhnya apa yang digengam ditangan

Jika ada henfon, gunakan ia. Kecanggihan henfon sedia ada boleh dijadikan asas dalam cara kita melihat. Mulakan dengan komposisi yang mudah seperti “color”, “pattern”. Ia ada disekeliling kita. Luaskan mata melihat atas, bawah, kiri dan kanan. Sudah mahir, kemudian bolehlah pelajari teknikal apa itu Aperture, Shutterspeed, ISO dan sebagainya untuk lebih kreatif dalam berkarya.

2. Baca 30 minit sekurang-kurangnya

Baca mana-mana buku atau majalah berkaitan fotografi dan kalau boleh lebih spesifik kepada komposisi yang kita dah mulakan dalam langkah 1 di atas. Kadang-kala saya rujuk je majalah resepi untuk tengok bagaimana gambar makanan. Belajar cara susun atur atau styling. Atau rujuk saja mana-mana sumber yang ada. Ada banyak di internet. Malah untuk edisi Bahasa melayu, boleh dapatkan bahan bacaan yang boleh dibaca menerusi smartphone di sini.

3. Cari kawan baru

Berkawan dengan mereka yang suka fotografi. Berkongsi pendapat dan idea boleh mempercepatkan proses pembelajaran. Masuk mana-mana channel, kursus atau outing fotografi untuk meluaskan pergaulan. Dari situ kita akan dapat lebih banyak maklumat yang boleh dijadikan panduan. Terus follow blog sini pun boleh. Ada perkongsian berkaitan fotogarfi, jalan-jalan, makan-makan, kehidupan, gaya hidup. Macam-macam orang kata. Sambil tu boleh layan tengok gambar yang saya ambil. Hehe.

4. Buat dan buat

Latih tubi dengan buat gerak kerja hari-hari. Sahut cabaran 1 hari 1 gambar atau 1 minggu 1 gambar. Cukup setahun, korang ada koleksi 365 atau 52 keping gambar yang boleh dijadikan photobook untuk pencapaian sendiri. Masih belum terlambat untuk kita mulakan. Jom.

Mungkin 4 langkah ini menjadi pencetus perkembangan fotografi korang untuk tahun ini dan mendatang?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!