APA YANG BEST DI KAMPUNG NELAYAN DI KUKUP?

Banyak tempat menarik sekitar kita yang cantik tanpa kita sedari.

Bangunan lama, pasar awam, perkampungan nelayan antara lokasi menarik yang korang boleh jelajah dan selongkar. Haa. Mula nak cari di mana la tu kan. Hehe

Kali ini saya kongsikan tempat yang sudah lebih 160 tahun ada dan didiami oleh majoriti masyarakat Cina di Kukup, Pontian, Johor.

Tahu Kukup di mana tak? Tak tahu? Ish ish ish. Mari saya tunjukkan ya.

Perkampungan Nelayan Air Masin ini terletak lebih kurang 20km dari bandar Pontian. Kat sini jugalah adanya Terminal Feri Antarabangsa Kukup yang menjadi pintu masuk antarabangsa terutamanya bagi rakyat Indonesia yang bekerja di Malaysia. Malah nak ke Tanjung Balai, Pulau Karimun pun boleh melalui terminal ini.

Jangkaan tempoh masa perjalanan ke Kampung Air Masin, Kukup dari Bandar Pontian, Johor

Setiap minggu ramai pelancong dari Singapura datang berkunjung dan menyewa di sini. Ada banyak resort, chalet dan hotel yang boleh dijadikan penginapan sementara. Semua didirikan atas air dengan bertiangkan konkrit. Restoren makanan laut pun banyak. Kedai makan melayu dan MarryBrown pun ada, jadi tak perlu risau kalau lapar.

Binaan rumah bagaikan terapung di atas air sangatlah best pemandangannya. Agak bersih jugalah persekitarannya. Dapat rasa, sepoi sepoi bayu laut menyapa muka dikala panas lit lit masa keliling jalan-jalan di sini sambil ambil gambar.

Siapa pernah tengok filem Bisik Pada Langit? Salah satu lokasi pengambarannya ada di sinilah. Kat depan pejabat Imigresen Kukup. Kiranya agak femes jugalah kan tempat ni. Baik kalian ke sinilah untuk tengok sendiri. Hehe.

Bagi yang suka ambil gambar macam saya, layan suasana kampung kat sini best juga lah. Boleh sewa e-bike dengan harga RM15 sejam atau RM100 sehari untuk pusing-pusing kampung. Atau boleh saja jalan kaki sambil keluarkan peluh-peluh jahat tu. Bila lagi nak bersenam. Masa ambil gambarlah kan. Lagipun lorong masuk dalam kampung ni hanya sesuai untuk motorsikal, basikal dan pejalan kaki saja. Kereta kena parking luar.

Sememangnya, kita akan rasa seolah berada di tempat lain ketika di sini. Boleh nampak ada motorsikap siap dengan kanvas plastik tau. Dah macam kat luar negara pula rasa. Hehe.

Banyak subjek menarik boleh dirakam. Perlu fokus mata sahaja. Ini boleh belajar. Kita bermula dengan perkara yang mudah-mudah dahulu. Boleh cuba pada “colors” dan “framing” dahulu. Dapat kompo yang best, tunggulah momen datang. Doa sajalah. Mula-mula tu susah jugalah, sebab mungkin tak biasa. Tapi nanti lama-lama okeylah. Kena sabar dan rajin. Nak lagi okey jom follow saya untuk next #FotoOhsem. Kita sama-sama tengok macam mana nak lihat dengan persektif berbeza. Kita ajar terus cara nak buat gambar travel yang memikat, malah guna smartphone pun boleh. Sesuatu yang baru akan diperkenalkan nanti.

Sememangnya ia sangat mengujakan datang ke sini. Banyak belajar hargai alam dan persekitaran. Malah, dapat lihat sekelompok keluarga datang bercuti bersama ahli keluarga, sambil jalan-jalan dan beli hasil lautan apa yang menarik di sini. Hubungan erat kekeluargaan itu dapat dipertingkatkan dengan adanya percutian bersama sebegini.

Sambil tu boleh tengok sebahagian gambar yang saya hasilkan dan dipersembahkan dalam layout ala-ala editorial berita majalah ni. Kiranya macam nak praktis design untuk next episode buku baru, gitu. Ada yang nak pre-order ke?

Kalau suka dengan celoteh saya ini, bolehlah like, komen dan share. Jika nak khidmat konsultan ambil gambar atau buat content menulis pun boleh. Kita bincang tepi. Banyak pula idea mengambar dan menulis ni melintas dalam fikiran sekarang. Hehe.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!