5 TIPS FOTOGRAFI EMBUN DENGAN SMARTPHONE

Ambil gambar ni boleh jadi ketagih, terutama dengan adanya henfon yang canggih-canggih sekarang. Sebut je lah, tersusun kat billboard dengan iklan merata.

Tapi kalau nak praktis ambil gambar “permata” embun macam dalam artikel BOTS Click! NST, yang saya kongsikan pada 17 Disember 2018, korang boleh gunakan tips mudah ini.

  1. Cari latarbelakang yang clear. 
    Bila latarbelakang dah clear, embun tu akan lebih stand out dan ada karisma gitu. Perhati betul-betul.
  2. Dapatkan cahaya yang sempurna
    Cahaya pagi paling best. Bila ada je cahaya kena kat embun yang kita dah kompo tu, terus je shot.
  3. Cari reflection 
    Nampak macam idea lapuk, tapi bila dah dapat reflection dalam embun tu sendiri, dia punya suka, best wei. Macam ada satu dunia lain dalam tu.
  4. Perhatikan pada texture hujung tepi daun
    Texture daun itu sendiri akan ada leading line yang akan membawa mata terus ke embun dihujung daun. Jangan terus ke hati ya. Ini bahaya. Haha.
  5. Kreatif dengan water drops yang lain. 
    Boleh cuba dengan pelbagai permukaan lain macam body kereta, tingkap, dan juga CD yang dah tak pakai. Ekperimen dengan pelbagai konsep. Paling mudah, saya gunakan bendera Malaysia saja.

Nak lagi best, baca terus dari akhbar NST pada 17 Disember 2018, cari di muka surat 48. Feel baca dari akhbar lagi best sebenarnya, sambil layan minum kopi ke, makan biskut ke, duduk tepi pantai ke.. ecece.

Oh ya, semua gambar dalam artikel tu guna henfon Samsung edge 6+ dan Huawei P9. Dan ada tambahan klip macro lens. Semestinya kena sentiasa bawa botol spray kecil, senang nanti nak buat “tambahan” embun. Dan kena sabar dan kawal nafas ya. Kalau tak, gugur semua embun tu menyembah bumi nanti. Opps.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!