Untuk latih dan terus suka akan fotografi ini, perkara paling utama adalah untuk terus rasa ingin nak menerokai apa yang wujud disekeliling kita.

Peka dan peka. Tengok apa yang terselindung dan disebalik. Contoh, pada daun.

Kemudian, hampiri secara dekat dan perhatikan apa yang ada disebalik daun.

Tunggu cahaya menyinar dengan cukupnya dan siap sedia dengan kamera ditangan.

Hasil dari peka, hampiri dan tunggu, terhasillah gambar yang indah menjadi kenangan. 

Kerana ada ketikanya, yang terselindung itulah, yang paling cantik ciptaan yang boleh kita abadikan dalam gambar buat kenangan seumur hidup. 

Sebab itu saya suka tengok embun waktu pagi. Rasa tenang dan segar. 

Malah, rasa tenangnya dengan melihat seakan ada dunia lain walaupun hanya melihat pada titisan embun. 

Sudah latih tubi begini, kemudian bolehlah cuba mencari momen-momen lain yang lebih bagus penceritaannya. 

Bermula dengan mudah untuk menggerakkan minda berfikir dengan lebih kreatif. 

Anda suka fotografi?